Nuffnang

Friday, July 12, 2013

PRK K BESUT: [vIDEO] Manifesto CALON PAS CHE LONG

Pasti tergelak apabila menonton manifesto PAS di PRK Kuala Besut ini.

Jangan salahkan calon kerana PAS Terengganu memilih calon SPM Gred 3 untuk mewakili mereka? Kah kah kah!!!

Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut

Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.

 

Monday, July 8, 2013

PBB Sentiasa Berkhidmat Kepada Rakyat

PBB hendaklah menjadi pemimpin dalam apa juga krisis.  Ini jelas terbukti dengan insiden kebakaran di Kampung Datu Sibu. Tabung bencana terus dilancarkan tanpa membuang masa.

Namun ada juga penjenayah yang cuba mencuri hasil derma yang hendak disalurkan ke Sibu.  Ini semua adalah lumrah alam, ada yang membuat kebaikan dan ada yang membuat kejahatan.  Semoga tidak ada ahli PBB terlibat dalam perkara yang selain daripada kebaikan demi kemajuan dan kesejahteraan Sarawak

PBB berkhidmat kepada rakyat setiap masa, kata Fadillah

Posted on July 7, 2013, Sunday

MENJELANG RAMADAN: Fadillah mencuba songkok kain baldu bermotifkan kulit pada majlis perasmian Karnival Masjid Ku di Masjid Darul Hana Kampung Patingan, Kuching semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Bukan tradisi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkhidmat kepada rakyat hanya pada pilihan raya kerana tanggungjawab yang digalas akan dilaksanakan pada setiap masa.

Ketua Pemudanya Datuk Fadillah Yusof berkata, pendekatan mesra rakyat sudah dipraktikkan dan menjadi amalan PBB sejak sekian lama.

Menurutnya, ia sekali gus membolehkan PBB mendapat keputusan baik setiap kali pilihan raya.

“Kita (PBB) tidak berkhidmat hanya untuk pilihan raya. Ini (berkhidmat sepanjang masa) yang kita praktikkan dan membolehkan rekod PBB amat baik semasa pilihan raya. “PBB amat konsisten dalam membantu rakyat.

Pilihan raya atau bukan pilihan raya adalah perkara kedua namun yang utama adalah membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Masjid Ku di Masjid Darul Hana, Kampung Patingan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan jentera Barisan Nasional (BN) Negeri terutama PBB menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menjelaskan, sekiranya mempunyai peluang beliau akan lebih kerap berkunjung ke kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Jika ia (berkhidmat kepada rakyat) terus dipraktikkan, tiada alasan rakyat tidak menyokong BN,” ujarnya.

Mengulas tindakan agresif Pakatan Rakyat (PR) mendaftarkan ahli sebagai pemilih, beliau berkata, memang sejak dari dahulu lagi pihak pembangkang memang agresif mendaftarkan ahli.

Justeru, menurutnya, jentera parti peringkat cawangan dan ranting perlu bertindak lebih agresif dalam mendaftarkan ahli masing-masing sebagai pemilih.

“Ini kerana pada masa sekarang masih ada ahli yang belum berdaftar. Kita jangan leka dengan kemenangan pada hari ini. Ia (kemenangan) tidak menjamin kita untuk terus berjaya,” jelasnya.

Terdahulu ketika berucap, beliau memberitahu, Malaysia mungkin akan menghadapi ketidakstabilan politik sekiranya masyarakat bebilang kaum gagal mempertahankan perpaduan.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Mesir. Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk terus mengekalkan perpaduan dan mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” kata Fadillah.

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites