Nuffnang

Friday, April 1, 2011

Satok Membangun Di Bawah Barisan Nasional


Satok Bakal Muncul Hab Pelancongan Terkemuka Kuching
Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd Azil

KUCHING, 30 Mac (Bernama) -- Satok yang merupakan pusat perniagaan dan kewangan malah nadi pertumbuhan ekonomi bandar raya Kuching yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung untuk membeli belah terutama di Pasar Minggu, bakal muncul hab pelancongan terkemuka. Dahulu, penduduk di Satok yang majoritinya Melayu, hanya menangkap ikan, menoreh getah dan berkebun secara kecil-kecilan.

Namun segalanya berubah sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Satok diwakili Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada 1983. Kawasan tersebut pesat berkembang dengan kewujudan pusat membeli belah, pejabat  perniagaan dan komersial, serta bank-bank.

Satok juga telah menghasilkan pemimpin-pemimpin berkaliber Sarawak seperti Abang Johari sendiri, Yang Dipertua Negeri yang pertama Tun Abang Openg,  Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem,  bekas senator Dayang Madinah Tun Abang Openg, dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen.  Dan tradisi itu berterusan apabila banyak anak tempatan kawasan  Satok menjawat pelbagai jawatan tertinggi baik dalam kerajaan mahupun swasta.
Menurut Pemanca Daerah Kuching Rosli Sahari, antara faktor utama yang menyumbang ke arah kepesatan pembangunan kawasan itu adalah sumbangan tenaga kepakaran dan idea oleh anak jati Satok.  Beliau berkata, penerapan modal insan dan keberkesanan sistem pendidikan terhadap anak jati di sini menyebabkan mereka mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membangunkan tempat tanah tumpahnya darah mereka.

"Di sini kita amat menekankan pendidikan, dan di sini terdapat sekolah-sekolah berkredibiliti tinggi dalam menghasilkan pelajar berkualiti seperti Sekolah Menengah St Theresa, Sekolah Menengah Bantuan St Joseph dan Sekolah Menengah Chung Hwa.

"Dan generasi ini yang kemudiannya menjawat jawatan seperti jurutera, arkitek, pegawai-pegawai tinggi kerajaan mempunyai sifat lebih cenderung untuk membangunkan kawasan sendiri sehingga akhirnya menjadi faktor pembangunan
kawasan Satok," katanya kepada Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kejayaan pemimpin-pemimpin rakyat yang berasal dari Satok membawa kemajuan telah menjadi contoh, ikutan serta idola kepada generasi seterusnya untuk memastikan kemajuan yang dikecapi akan berterusan.

Akhir-akhir ini, Satok mula dicanangkan sebagai hab pelancongan bagi bandaraya Kuching.  Mengulas perkara tersebut, Rosli berkata, antara inisiatif yang  dirangka
ialah mewujudkan perkhidmatan teksi air di sepanjang Sungai Sarawak serta menggiatkan lagi usaha memelihara warisan seperti rumah tradisional, adat budaya dan makanan tradisi.

"Kerajaan negeri telah memperindahkan kawasan dengan membina tebing konkrit sepanjang Sungai Santubong melalui kawasan Satok, dan bagi pelancong
yang menaiki teksi air, mereka akan dibawa melihat industri-industri  tempatan,"
katanya.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok Mohamad Abdul Rahman berkata, Satok mempunyai potensi pelancongan yang sangat  luas, dan persatuan itu giat memperkasa dan menonjolkan keistimewaan Satok di  persada nasional dan antarabangsa.   

"Nadi pertumbuhan Satok adalah Sungai Santubong dan Sungai Sarawak kerana pada zaman dahulu, sungai tersebut menjadi laluan utama penjajah British dan Jepun, malahan orang-orang dari Brunei yang datang ke sini, seterusnya menjadikan Satok berkembang dengan maju," katanya.

"Kekayaan sejarah ini di samping warisan budaya tempatan menjadi potensi utama bagi membangunkan pelancongan Satok," katanya yang juga Ketua Penerangan PBB Cawangan Satok.

Beliau berkata pembangunan Satok mendapat tumpuan Abang Johari, yang  juga dikenali sebagai "Abang Jo", selaku wakil rakyat yang juga Menteri  Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak.

Pada pilihan raya negeri yang lepas, Abang Johari mempertahankan kerusinya dengan majoriti sebanyak 2,798 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Jolhi. Satok mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 10,835, terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 76.53 peratus, Cina (19.23 peratus), Iban (3.56
peratus), kaum-kaum lain (0.67 peratus). Penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ditetapkan  pada 6 April manakala pengundian pada 16 April.
-- BERNAMA

Abang Johari Sokong Piagam Madinah!!

Sejarah telah mengajar kita erti kehidupan.  Sejarah juga banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada kita sebelum berbuat sesuatu.  Islam juga tidak kurangnya melengkapkan kehidupan kita.  Cerita dan sejarah memang dapat diambil pengajaran untuk kehidupan harian.  

Abang Johari semalam menghadiri Forum Perdana sempena Sejiwa Senada.  Beliau menegaskan bahawa Piagam Madinah adalah model yang berjaya diterima oleh semua lapisan agama suatu ketika dulu di Tanah Arab.  Walaupun Islam adalah agama yang mempunyai penganut yang sedikit berbanding agama lain, namun pemimpin Islam yang adil masih diterima masyarakat.  

Abang Johari juga menyatakan bahawa Sejiwa Senada adalah program yang mengikut tuntutan agama.  Selain daripada menjaga hubungan sesama manusia kita hendaklah menjaga hubungan yang senada dengan Tuhan.   

Sejiwa Senada berlangsung sehingga 3 Mac 2011 di Taman Sukma.  Datanglah ke sana untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan mengenali institusi kerajaan yang sedia ada untuk memudahkan rakyat.
Kepimpinan adil pasti diterima

by Adib Othman. Posted on April 2, 2011, Saturday



SEJIWA SENADA: Abang Johari (tengah) ketika menghadiri Forum Perdana malam kelmarin. Turut kelihatan adalah Jumaini (dua kanan), Atei (dua kiri) dan Sharifah Hasidah (kanan).

Piagam Madinah sebagai model untuk mentadbir negeri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Abang Johari


KUCHING: Pemimpin Islam di negeri ini perlu menjadikan Piagam Madinah sebagai model untuk mentadbir negeri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.


Katanya, disebabkan corak kepimpinan Rasulullah SAW yang adil dan saksama ketika itu, masyarakat Islam dan bukan Islam dapat hidup secara harmonis.

“Islam menuntut corak pemerintahan dan urus tadbir negeri yang adil.

“Seperti kita lihat Piagam Madinah semasa pemerintahan Rasulullah SAW yang patut kita jadikan model di mana masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam dapat hidup dalam suasana harmoni disebabkan kepimpinan yang adil dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Perdana Sejiwa Senada malam kelmarin sempena Program Sejiwa Senada yang berlangsung di Taman Sukma bermula 31 Mac dan 3 April.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Ketua Penolong Mufti Sarawak Ustaz Mual Suaud dan terdiri daripada tiga ahli panel iaitu Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dan Dr Robiah K Hamzah.

Menurutnya juga, setakat ini kepimpinan pemimpin Islam di negeri ini diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

“Walaupun jumlah masyarakat Islam di negeri ini tidak ramai, kepimpinan pemimpin Islam dapat diterima oleh semua masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam disebabkan sistem pemerintahan yang adil,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai inti pati Sejiwa Senada, Abang Johari berkata, ia merupakan tiang untuk urus tadbir negeri yang baik.

Katanya, Sejiwa Senada bukan sahaja berkenaan hubungan sesama manusia tetapi yang lebih penting adalah hubungan dengan Tuhan.

“Sejiwa Senada adalah selari dengan tuntutan agama Islam terutama daripada segi urus tadbir negeri dan ia bukan sahaja melibatkan hubungan di antara sesama manusia tetapi hubungan manusia dengan Tuhan yang perlu senada,” katanya.

Hadir sama semalam adalah isteri Abang Johari Datin Amar Jumaini Tuanku Bujang, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Mohd Atei Abang Medaan dan penyandang kerusi Dewan Undangan negeri Semariang Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali.

Thursday, March 31, 2011

Abang Johari Sempurnakan Upacara Pecah Tanah di Bakong

Badai angin penamaan calon semakin hampir.  Persiapan untuk berkempen semakin ligat sempena Pilihanraya Sarawak yang ke-10.  

Tuesday, March 29, 2011

Satok Mencari Orang Ini???

Kenapakah orang ini lebih popular daripada Raja Porno yang akan ke Satok malam ini?  Malam ini Raja Porno akan berkempen di Satok.  Sekarang ini beliau dikhabarkan berada di Demak Laut.


Apakah perkerjaan orang ini sehinggakan Ketua Penerangan Satok mencari beliau?  Ikutilah kisah beliau di Muka Petang

Pakatan Haram Gaduh Pasal Kerusi???!!!

BN Sarawak semakin fokus dalam menggiatkan jentera pilihanraya di seluruh Sarawak.  Bahang pilihanraya sudah dapat dirasai di semua kawasan DUN.  


Satok tidak kurang hebatnya dari segi persiapan dan perlaksanaan strategi untuk mendapat majoriti 3000 undi berbanding tahun 2006.  



Saturday, March 26, 2011

Abang Johari Rasmi Gelanggang Seni Sempena Program Kejiranan Mesra Patinggan 2011

Penduduk Satok di kawasan Jalan Patinggan hari ini berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Sarawak.  


Ini kerana kerajaan Barisan Nasional telah menghadiahkan Gelanggang Seni sempena program Kejiranan Mesra Patinggan 2011.    Hadiah ini telah disampaikan kepada penduduk di sekitar Jalan Patinggan oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.  Turut hadir adalah Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusuf.  

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites