KUCHING- Proses Penamaan Calon bagi DUN N8 Satok berjalan dengan lancar. Penyandang kerusi DUN N8 Satok yang juga merupakan Timbalan Presiden PBB YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg telah dicabar oleh Encik Ahmad Nazib bin Johari dari PKR. Kedua-dua calon ini akan bertanding dua penjuru bermula pada 6 April 2011 hinggalah Hari Mengundi iaitu 16 April 2011.
Abang Johari telah diarak dari Pusat Sumber Tun Openg oleh ribuan penyokong Barisan Nasional. Mereka telah berkumpul sejak pukul 7:30 pagi dengan berpakaian serba biru. Ada yang membawa bendera, ada yang membawa kipas BN dan tidak lupa juga yang keluar dari Bilik Gerakan sambil menyemat Butang BN di dada.
Figure 1 Ceria Bersama Rakyat
Perarakan telah didahului oleh Jentera Pilihan Raya BN Sarawak yang menaiki motorsikal sambil pembonceng menyandang bendera parti. Ini diikuti oleh pemuda, wanita dan kaum bapa. Betapa simboliknya perarakan Jentera Pilihan Raya Satok. Tema Bilik Gerakan N8 Satok pada kali ini adalah Satok Lestari. Ini bermaksud Satok akan menjalankan program-program dari segi sosial, pendidikan,keagamaan, ekonomi dan kebajikan selari dengan konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Figure 2 Mengorak Langkah Seiringan
Figure 3 Diapit oleh Datuk Maslan dan Datuk Seri Utama Rais Yatim
Datuk Amar Abang Johari juga diiringi oleh YBhg Datuk Seri Utama Rais Yatim dan YB Datuk Maslan sepanjang perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calon yang bertempat di Dewan Merpati Jepang.
Figure 4 Gelombang Biru di Jalan Datuk Ajibah Abol
Figure 5 Pusat Penamaan Calon N8 Satok
Semasa penamaan berlangsung, terdapat bantahan mengenai jawatan menteri yang diletakkan di dalam borang pencalonan. Rata-ratanya ini adalah teknik yang digunapakai di semua DUN! Nasib baik ini hanya dianggap sebagai masalah teknikal yang kecil dan borang penamaan calon dapat dibetulkan.
Figure 6 Borang Penamaan Calon BN
Figure 7 Borang Penamaan Calon PKR
Figure 8 Pengumuman Mengenai Bantahan
Figure 9 Menunggu Keputusan Hari Penamaan
Figure 10 Calon PKR
Figure 11 Menjelaskan Peraturan Sewaktu Bantahan
Figure 12 Pengumuman Penamaan Calon Kerusi DUN N8 Satok
Akhirnya, kerusi DUN N8 Satok akan menyaksikan perlawanan terus di antara BN dan PKR. Semua penyokong yang hadir bersurai bersama-sama dengan calon masing-masing. Pihak SPR berpuas hati kerana tidak terdapat peristiwa yang tidak diingini berlaku di antara kedua-dua penyokong. Semoga budaya ini akan diteruskan sampai bila-bila semasa kempen pilihan raya berlangsung.
Pencapaian BN Sebelum ini
N08: SATOK: Pengundi: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BNPBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BNPBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798
Analisa Pilihan raya Sarawak 2011
Jumlah calon bertanding - 213
Senarai calon mengikut parti
BN - 71
SNAP - 26
PKR - 49
DAP - 15
PCM - 6
PAS - 5
Bebas - 41
Jumlah bantahan diterima SPR 32
Bantahan diterima - 1
Pertandingan mengikut penjuru
2 penjuru - 27
3 penjuru - 23
4 penjuru - 17
5 penjuru - 2
6 penjuru - 2
Calon mengikut jantina (Lelaki/Perempuan)
BN - 67/4
PAS - 3/2
DAP - 11/4
SNAP - 26/0
Bebas - 40/1
PKR - 45/4
Jumlah - 197/16
0 comments:
Post a Comment