Nuffnang

Sunday, March 25, 2012

Golongan Muda Akui Kepimpinan Najib Beri Malaysia Hala Tuju Baru!!??

Anak muda jangan dibiarkan menunjuk perasaan di tepi jalan!!??  Anarki sebegini memang tidak elok kerana ianya mencerminkan keperibadian kita sebagai masyarakat Timur!!??  Namun demikian, kini golongan muda di Petra Jaya sudah dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib?!?!  

Dengan adanya  pendekatan yang berjaya menarik minat golongan muda untuk menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti membawa pembangunan dan bukan sekadar percakapan semata-mata!!??  Semoga usaha ini akan terus digiatkan lagi menerusi Jentera Pilihanraya PRU13 Petra Jaya kelak!!??  

Janganlah begitu leka dengan kemenangan semasa Pilihanraya Negeri Sarawak kerana usaha gigih jenteralah yang akan memastikan usaha pembangunan di Petra Jaya ini akan berterusan!!?


Kepimpinan Najib Semakin Diterima Golongan Muda, Kata Abang Johari

KUCHING, 25 Mac (Bernama) -- Golongan muda terpelajar yang seringkali dianggap sebagai kumpulan pendesak dan selalu mempersoalkan dasar-dasar kerajaan kini semakin ramai memperakui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata maklum balas terbaharu yang diperoleh beliau menunjukkan golongan muda ini menganggap dasar-dasar yang dibuat Najib sejak memegang tampuk kepimpinan negara adalah jelas dan praktikal untuk dilaksanakan.

"Golongan muda kita sekarang sudah menerima hakikat bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib memberikan hala tuju baru kepada Malaysia," katanya.

Berucap semasa menutup majlis Pemukiman Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kawasan Dewan Undangan Negeri Satok dalam Parlimen Petra Jaya di sini hari ini, beliau berkata Najib telah memberikan harapan baru kepada mereka untuk memperoleh kehidupan yang terjamin di masa hadapan.

Katanya penerimaan golongan muda ini sangat penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memandangkan merekalah yang akan menentukan jatuh bangunnya negara di masa akan datang.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak berkata agenda Malaysia sekarang adalah untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dan hasrat ini akan tergugat sekiranya tiada persefahaman di antara kepimpinan sekarang dan generasi muda.

"Kalau kita hendak melihat masa hadapan, lihatlah anak muda kita. Kalau mereka dibiarkan (berdemonstrasi) di jalanan maka ini akan hanya menyebabkan anarki (berlaku) di masa hadapan dan kita tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara lain untuk menjadi negara maju," katanya.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, Abang Johari meminta anggota PBB dalam kawasan Parlimen Petra Jaya agar tidak leka dengan kemenangan besar yang telah dicapai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di dalam kawasan Parlimen itu dalam pilihan raya negeri lepas.

"Kita janganlah sombong tetapi perlu berusaha lebih kuat lagi untuk mencapai kemenangan di Petra Jaya nanti supaya program untuk membangunkan rakyat kita dapat diteruskan," katanya.

-- BERNAMA

Monday, March 12, 2012

Kami ada senarai penuh calon PBB??!!!!

Nama penuh calon untuk PRU13 akan diumumkan tidak lama lagi tetapi bukan sekarang kata Timbalan Presidennya!!  Sama-samalah kita menanti dengan penuh debaran sekiranya nama calon payung terjun mahupun penyandang masih dikekalkan untuk kerusi parlimen di Sarawak!!!???
PBB sudah mempunyai senarai penuh calon

Posted on March 12, 2012, Monday

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah mempunyai senarai penuh calon untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kesemua calon yang dikenal pasti diyakini boleh menang.

“Sudah tentu kita sudah mempunyai senarai calon boleh menang.

“Sekarang, bukan masa sesuai untuk kami umumkannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Petra Jaya Berzanji (Zikir) 2012 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada parti berkenaan bersedia atau tidak dengan senarai calon untuk PRU13.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan menjelaskan, beliau tidak ada hak untuk mengumumkan kemungkinan PBB akan menurunkan calon baharu pada PRU nanti.

“Saya tidak tahu, anda (media) tanya Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) berhubung perkara ini,” ujarnya.

Pada PRU lepas, PBB berjaya memenangi kesemua 14 kerusi yang diperuntukkan kepada parti berkenaan

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites