Nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Majlis Penghargaan dan Kesyukuran N8 Satok

Sebuah Majlis Penghargaan Kepada Jentera Pilihanraya DUN N8 Satok dan Kesyukuran di atas kemenangan YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg  akan diadakan seperti yang tertera di bawah.

Tarikh: Sabtu, 30 April 2011
Masa: 7:30 malam
Tempat: Dewan Suarah Kuching

Bagi yang belum mendapat kad jemputan silalah berhubung dengan Ketua Ranting masing-masing dengan kadar segera.  Hadiah cabutan bertuah yang menarik menanti anda semua.

Tahniah juga kepada YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN N8 Satok. 

Terima kasih sekali lagi kepada semua tenaga Parti PBB Cawangan N8 kerana menjadi jentera pilihanraya yang sangat berkesan semasa Kempen Pilihanraya Satok Lestari pada minggu lepas. 

Satok Lestari!!
Satok Lestari!!
Satok Lestari!!

Saturday, April 23, 2011

Abang Johari Isytihar Semariang Sebagai Tulang Belakang PBB!!

 Abang Johari telah mengisytiharkan Semariang sebagai tulang belakang PBB.  Bandar Baru Semariang yang rata-ratanya didiami oleh golongan generasi muda yang baru mula mendirikan rumah tangga telah menunjukkan sokongan padu ke atas kerajaan Barisan Nasional.  Syabas YB Hasidah dan penduduk Semariang!!

BACKBONE OF PBB: Sharifah Hasidah (third right) cutting the ‘pulut kuning’ during the thanksgiving dinner for the Semariang election machinery. Also seen are Abang Johari (third left), Fadillah (left) and Abang Khalid (far left).

Semariang PBB backbone — Abg Johari
Posted Sunday Post on April 24, 2011, Sunday
KUCHING: Satok assemblyman Datuk Amar Abang Johari Tun Openg has described Semariang state constituency as the backbone of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) in Kuching.
He said this is because the huge majority won by its assemblywoman Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali against Parti Keadilan Rakyat (PKR) candidate Zulrusdi Hol in the fight for the constituency reflects what the Malay community there wants.
He said the majority of the Malay community in the area has rejected the opposition.

Abang Johari also said the changing political landscape in the state has seen the opposition spreading its propaganda, especially among the youths, to penetrate Kuching.
“Sadly for the opposition, the Malay youths in Kuching are not easily influenced by them as we have voters who are matured, knowledgeable and steadfast to the Barisan Nasional,’’ he said during the Semariang BN election machinery thanksgiving dinner on Friday night.

He also said that BN enjoyed convincing victories in Malay-majority areas such as Tupong, Satok, Demak Laut, Pantai Damai and Semariang, which reflects the unity of the Bumiputeras when facing various challenges.
Abang Johari, who is also Minister of Housing and Urban Development and also Minister of Tourism and Heritage, said Semariang would be at the forefront of development in the near future.
“The government has already approved another general hospital in Semariang.

“ This will be the second general hospital in Kuching,” he said, adding that upgrading of roads would also be done to ease traffic congestion.The projects according to Abang Johari are part of a sustainability development plan, which considers every angle meticulously in order to realise the transformation of Kuching city.
He also said with the recent appointment of him as the Minister of Tourism and Heritage, he hoped to give the Sarawak riverbanks a facelift to boost the tourism industry and spur the economy.
Sharifah Hasidah, who garnered 8,008 votes against Zulrusdi’s 2,577 votes attributed the win to the BN Semariang election machinery.
“The win is actually ours. We will not win if we did not work hard,” she said.  
Sharifah Hasidah has the support of 21 PBB branches in Semariang.  Also present during the thanksgiving dinner was Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Fadillah Yusuf and Datuk Abang Khalid Abang Marzuki, who is the director of operations for the Semariang election machinery.

Tuesday, April 19, 2011

Abang Johari Mengangkat Sumpah dalam Kabinet Negeri Sarawak


Semalam berlangsung upacara mengangkat sumpah bagi lapan orang menteri dalam kabinet negeri Sarawak.  Mereka ini masih berjaya mengekalkan perkhidmatan sebagai Yang Berhormat dalam kabinet negeri Sarawak.  

Upacara mengangkat sumpah ini di ketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, diikuti oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing sebagai Menteri Kemajuan Tanah. Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah. 

Semoga Pelan Transformasi Ekonomi akan berjalan dengan penuh lancar di bawah penggal ke-10 pentadbiran kerajaan Barisan Nasional Sarawak.  Tahniah kepada menteri yang kekal menyandang kerusi mereka walaupun sengit menangkis serangan daripada tohmahan dan fitnah pihak lawan!!
Lapan menteri angkat sumpah sebagai ahli kabinet negeri

Posted on April 19, 2011, Tuesday

KUCHING: Lapan menteri mengangkat sumpah sebagai ahli kabinet negeri yang baru selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberikan mandat membentuk kerajaan negeri.

Kesemua mereka yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Dewan Lapau Bangunan Dewan Undangan Negeri baru di sini semalam, kekal memegang portfolio lama sebelum Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan tidak dilantik semula berikutan kekalahan beliau di kerusi DUN Piasau.

Mengetuai upacara tersebut ialah Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. 

Sejurus itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Kemajuan Tanah diikuti Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.

Turut mengangkat sumpah, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Majlis disaksikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Taib yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabtu lepas setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Sunday, April 17, 2011

Keputusan Keramat DUN N8 Satok

N08: SATOK: 10,431
1. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PBB)...4,691
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)...........................1,891

Jumlah mengundi/Votes Cast............................6,661
Peratus/Percentage....................................64.39%
Undi rosak/Spoilt votes..................................79
Majoriti/Majority.....................................2,800

Penyandang/Incumbent: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,222
Majoriti/Majority: 2,798


Sekitar Hari Mengundi dalam Lebaran Sejarah DUN N8 Satok 2011
























Thursday, April 14, 2011

Abang Johari Gegar Tebingan Sungai Bintangor

KUCHING - Penyandang kerusi Barisan Nasional DUffN N8 Satok, YB Datuk Amar Abang Johari semalam bersama dengan pengundi di Kampung Bintangor.  Beliau hadir untuk melancarkan Projek Tebingan Sungai Bintangor dan juga Projek Jejak Warisan dari Kampung Masjid ke Kampung Bintangor.  Majlis itu disambut dengan penuh kegemilangan dengan ribuan penduduk yang mencecah 5 ribu orang masyarakat tempatan. 

Abang Johari juga berpesan agar pengundi keluar mengundi dan bijak memilih calon.  Ini kerana nasib mereka akan dientukan dengan pangkah yang dibuat.  Pengundi juga diminta mengimbas kembali jasa dan bakti kerajaan Barisan Nasional yang setelah sekian lama berada di Satok dan Sarawak.
 



Turut hadir adalah JKKK, Ketua Kaum, Khairy Jamaluddin nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik. 

Seruan YAB PM dan KM kepada Pengundi Sarawak

Hayatilah dan selamilah rayuan YAB Perdana Menteri Malaysia bersama Ketua Menteri Sarawak Menjelang Pilihanraya Sarawak pada 16 April 2011 ini nanti.

Semoga para pengundi yang bijak akan menyuarakan hasrat mereka melalui undi sekalian!!

Friday, April 8, 2011

Jaminan Barisan Nasional Bukan Sekadar Janji Manis

Manifesto Barisan Nasional begitu ringkas dan padat dan merangkumi semua aspek selaras dengan politik pembangunan. 

Sekiranya intipati diteliti maka jaminan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional umpama wasiat yang akan memastikan penyokong Barisan Nasional akan mendapat perolehan dan pulangan yang baik sekiranya melabur dengan kerajaan Barisan Nasional. 

Kita secara tidak sedar sedang menikmati hasil pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.  Pemimpin Barisan Nasional sangat peka dan sensitif terhadap rakyat dan sentiasa mendengar masalah mereka.  Hasil daripada inilah manifesto telah direka dan dibuahkan agar lebih memihak kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan!!!

Sekiranya berpeluang silalah berkunjung ke Bilik Gerakan di semua ranting untuk mengetahui dengan lebih teliti mengenai Manifesto BN Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN.  
Manifesto BN ringkas, padat

by Andy Sabang. Posted on Utusan Borneo April 8, 2011, Friday

Elemen yang terkandung adalah teras perancangan memacu kemajuan negeri ini: Taib

LANCAR: Taib bersama (dari kiri) Awang Bemee, Fatimah, Masing, Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapaee ketika melancarkan manifesto BN di Sibu, semalam.
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) ringkas tetapi padat dengan kandungan mesej yang jelas kepada rakyat.

Katanya, elemen yang terkandung dalam manifesto berkenaan adalah teras kepada perancangan kerajaan dalam usaha memacu negeri ini ke arah pembangunan yang lebih maju.

“Mesej yang disampaikan menerusi manifesto ini ringkas tetapi mengandungi mesej yang jelas bagi menjamin masa depan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan manifesto BN semalam.

Majlis pelancarannya telah diadakan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) yang terletak di Jalan Jasmin di sini.

Menurut Taib, kerajaan mempunyai rekod baik sejak diberi mandat memerintah negeri dan ia tidak dapat ditandingi mana-mana parti politik di negara ini.

Hadir sama pada majlis pelancarannya ialah, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Dr Annuar Rapaee, calon BN DUN Dalat Datin Fatimah Abdullah, calon BN DUN Baleh Dato Sri James Masing dan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Dalam pada itu Fatimah memberitahu bahawa manifesto BN kali ini sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di negeri ini.

“Antara yang digariskan menerusi manifesto ini ialah… pada baris kelima iaitu menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

“Ini amat penting dalam usaha menggerakkan negeri menuju ke tahap yang lebih maju dan sebab itu setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang cukup besar bagi memajukan sektor pendidikan,” ujar beliau.

Bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat kerana negeri ini cukup luas untuk ditadbir.

Katanya, antara usaha kerajaan memajukan bidang pendidikan ialah menaik taraf bangunan serta kemudahan sekolah yang daif di seluruh negeri.

Manifesto setebal 30 muka surat itu menyenaraikan sembilan elemen yang menjadi teras kepada perjuangan BN pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Antaranya:
  1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
  2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
  3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
  4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
  5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
  6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
  7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
  8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
  9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Thursday, April 7, 2011

Sekitar Hari Penamaan Calon DUN N8 Satok 6 April 2011


KUCHING- Proses Penamaan Calon bagi DUN N8 Satok berjalan dengan lancar.  Penyandang kerusi DUN N8 Satok yang juga merupakan Timbalan Presiden PBB YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg telah dicabar oleh Encik Ahmad Nazib bin Johari dari PKR.  Kedua-dua calon ini akan bertanding dua penjuru bermula pada 6 April 2011 hinggalah Hari Mengundi iaitu 16 April 2011. 

Abang Johari telah diarak dari Pusat Sumber Tun Openg oleh ribuan penyokong Barisan Nasional.  Mereka telah berkumpul sejak pukul 7:30 pagi dengan berpakaian serba biru. Ada yang membawa bendera, ada yang membawa kipas BN dan tidak lupa juga yang keluar dari Bilik Gerakan sambil menyemat Butang BN di dada. 

Figure 1 Ceria Bersama Rakyat

Perarakan telah didahului oleh Jentera Pilihan Raya BN Sarawak yang menaiki motorsikal sambil pembonceng menyandang bendera parti.  Ini diikuti oleh pemuda, wanita dan kaum bapa.  Betapa simboliknya perarakan Jentera Pilihan Raya Satok.  Tema Bilik Gerakan N8 Satok pada kali ini adalah Satok Lestari.  Ini bermaksud Satok akan menjalankan program-program dari segi sosial, pendidikan,keagamaan, ekonomi dan kebajikan selari dengan konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. 

Figure 2 Mengorak Langkah Seiringan

Figure 3 Diapit oleh Datuk Maslan dan Datuk Seri Utama Rais Yatim

Datuk Amar Abang Johari juga diiringi oleh YBhg Datuk Seri Utama Rais Yatim dan YB Datuk Maslan sepanjang perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calon yang bertempat di Dewan Merpati Jepang. 

Figure 4 Gelombang Biru di Jalan Datuk Ajibah Abol

Figure 5 Pusat Penamaan Calon N8 Satok
Semasa penamaan berlangsung, terdapat bantahan mengenai jawatan menteri yang diletakkan di dalam borang pencalonan.  Rata-ratanya ini adalah teknik yang digunapakai di semua DUN!  Nasib baik ini hanya dianggap sebagai masalah teknikal yang kecil dan borang penamaan calon dapat dibetulkan. 

Figure 6 Borang Penamaan Calon BN
Figure 7 Borang Penamaan Calon PKR
Figure 8 Pengumuman Mengenai Bantahan
Figure 9 Menunggu Keputusan Hari Penamaan
Figure 10 Calon PKR
Figure 11 Menjelaskan Peraturan Sewaktu Bantahan
Figure 12 Pengumuman Penamaan Calon Kerusi DUN N8 Satok

Akhirnya, kerusi DUN  N8 Satok akan menyaksikan perlawanan terus di antara BN dan PKR.  Semua penyokong yang hadir bersurai bersama-sama dengan calon masing-masing.  Pihak SPR berpuas hati kerana tidak terdapat peristiwa yang tidak diingini berlaku di antara kedua-dua penyokong.  Semoga budaya ini akan diteruskan sampai bila-bila semasa kempen pilihan raya berlangsung.

Pencapaian BN Sebelum ini

N08: SATOK: Pengundi: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BNPBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

Analisa Pilihan raya Sarawak 2011

Jumlah calon bertanding - 213

Senarai calon mengikut parti
BN - 71
SNAP - 26
PKR - 49
DAP - 15
PCM - 6
PAS - 5
Bebas - 41

Jumlah bantahan diterima SPR 32
Bantahan diterima - 1

Pertandingan mengikut penjuru
2 penjuru - 27
3 penjuru - 23
4 penjuru - 17
5 penjuru - 2
6 penjuru - 2

Calon mengikut jantina (Lelaki/Perempuan)
BN - 67/4
PAS - 3/2
DAP - 11/4
SNAP - 26/0
Bebas - 40/1
PKR - 45/4
Jumlah - 197/16

Monday, April 4, 2011

Abang Johari Galak Teknologi Hijau

Abang Johari menggalak pemaju perumahan di kawasan Satok untuk menggunakan teknologi hijau.  Ini untuk mengelakkan sisa-sisa pembuangan dan juga menjaga dan menguruskan alam sekitar agar menjadi lebih sihat untuk didiami.  
 
 
Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media Hari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Bersama Pelanggan semalam.  Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan sekarang amat menitikberatkan kualiti air sungai khususnya Sungai Sarawak yang menjadi pemacu kepada pelbagai ekonomi di sekitar Satok.  
 

Beliau juga menerangkan bahawa pengurusan sungai adalah penting untuk memastikan ikan yang dimakan adalah selamat dan tidak tercemar.  Di samping itu juga kerajaan juga giat melaksanakan projek pembentungan air untuk merawat air sungai dan mengalirkan sisa-sisa buangan dengan sistematik dan selamat.   Abang Johari juga menyatakan sekiranya pengurusan sistem sungai dijalankan secara teratur maka tidak mustahil kelak Kuching akan menjadi seperti bandar Venice di Itali.  


04 April, 2011 17:11 PM

Kerajaan Negeri Laksana Strategi Pastikan Sungai Sarawak Terpelihara


KUCHING, 4 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak sedang berusaha memastikan kualiti air Sungai Sarawak terjamin kerana ia dikenal pasti sebagai antara pemacu utama 'kekayaan ekonomi' negeri ini.

Menteri Perumahan Dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, walaupun Sarawak dikurniakan dengan kekayaan sumber semulajadi seperti sungai, pasir silika, minyak dan gas, namun pengurusan sungai dititik-beratkan bagi memastikan ia kekal terpelihara.

"Ini adalah penting untuk rancangan jangka panjang kita, kerana bila kita mampu menguruskan kualiti air dengan cekap, Sungai Sarawak akan menjadi bersih, ikan yang hidup pun berkualiti, yang tak makan sisa-sisa barangan yang cemarkan kesihatan kita.

"Walaupun ini memakan belanja besar, kita harus bersyukur kerana perhubungan erat kita dengan kerajaan persekutuan menyebabkan mereka banyak membantu dari segi kaedah dan dana untuk membolehkan kita menguruskan sistem yang kita telah rancang dan laksanakan," katanya pada sidang media sempena Hari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Bersama Pelanggan di sini pada hari Isnin.

Menurut beliau, kerajaan negeri sedang melaksanakan fasa pertama projek pembetungan di beberapa kawasan di Kuching di mana projek ini telah menelan belanja sebanyak RM400 juta.

Abang Johari berkata, sistem ini mampu mengalirkan sisa-sisa buangan dari bandaraya ke pusat rawatan sebelum dialirkan ke sungai, dan ia akan dilaksanakan di kawasan lain secara berperingkat.

"Kita sedang mengorek dan menempatkan sistem pembetungan kita yang akan menguruskan air dan juga 'air kotor'...ia akan dirawat dan akhirnya akan beri pulangan yang besar dalam kita pertahankan kualiti bandar kita," katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata, kementerian yang diterajuinya sedang berusaha menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam sektor lain terutamanya dalam bidang perumahan.

"Selaku menteri, saya juga sarankan kepada pemaju perumahan untuk ambil kira pentingnya teknologi hijau. Pertama tak ada bahan sisa...kalau dulu kita guna banyak kayu dan simen, dan simen pula boleh cemarkan tempat kerja, jadi kita nak galakkan kepada pemaju gunakan teknologi terkini yang tak keluarkan banyak bahan sisa," katanya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Abang Johari berkata, jika segala perancangan berjalan dengan baik, tidak mustahil bandar Kuching akan jadi lebih indah daripada Venice, Itali.

Mengulas mengenai senarai calon-calon yang diumum oleh Barisan Nasional (BN) semalam, Abang Johari yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, calon-calon tersebut telah dipastikan bukan sahaja mempunyai latar belakang yang bagus, tetapi juga mempunyai kebijaksanaan untuk mengurus tadbir kawasan masing-masing.

Katanya mentadbir sebuah negara bukannya mudah kerana perlukan pengetahuan dan pengalaman bagi memastikan semua kaum diberi perhatian yang adil dan saksama.

Semalam, Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem mengumumkan senarai penuh calon-calon yang akan bertanding bagi pilihan raya negeri kali ini kecuali nama calon bagi kerusi Ba'kelalan.

Daripada senarai tersebut, 35 calon adalah daripada PBB, 19 dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sembilan dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan lapan dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 April manakala pengundian pada 16 April.

-- BERNAMA

Sunday, April 3, 2011

Terkini!! Calon BN Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke -10

Berikut adalah senarai terkini yang diumumkan semalam oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako. 

Namun demikian masih terdapat misteri di dalam senarai ini kerana calon Ba'kelalan tidak tersenarai. Siapakah yang akan menyandang kerusi ini yang jelasnya tidak lagi disandang oleh pemenangnya yang lepas.  Adakah muka baru akan diturunkan?  Khabarnya kerusi Ba'kelalan akan dilawan sengit oleh calon PKR Baru Bian.  Adakah Setiausaha Pemuda PBB Bake'lalan Sdr Richard Silo akan mempertahankan kerusi ini untuk BN?
Setiausaha Pemuda PBB Ba'kelalan Richard Silo
 03 April, 2011 20:39 PM

Senarai Calon BN Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10


KUCHING, 3 April (Bernama) -- Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April ini yang dikeluarkan Ahad.

PECAHAN KERUSI MENGIKUT PARTI:

PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)

1) N3. TANJUNG DATU - TAN SRI ADENAN SATEM

2) N4. PANTAI DAMAI - DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI

3) N5. DEMAK LAUT - DR HAZALAND ABANG HIPNI*

4) N6. TUPONG - DATUK DAUD ABDUL RAHMAN

5) N7. SAMARIANG - SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI

6) N8. SATOK  - DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG

7) N14. ASAJAYA - ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

8) N15. MUARA TUANG - DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD

9) N17. TARAT - ROLAND SAGAH WEE INN

10) N18. TEBEDU - DATUK SERI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG

11) N19. KEDUP - MARTIN BEN*

12) N20. SADONG JAYA - AIDEL LARIWOO*

13) N21. SIMUNJAN - MOHD NARODEN MAJAIS

14) N22. SEBUYAU - JULAIHI NARAWI

15) N23. LINGGA - SIMOI PERI

16) N24. BETING MARO - RAZALI GHAPOR*

17) N30. SARIBAS - RAZI SITAM*

18) N31. LAYAR - TAN SRI DR ALFRED JABU

19) N32. BUKIT SABAN - ROBERT LAWSON CHUAT ANAK VINCENT

20) N33. KALAKA - ABDUL WAHAB AZIZ

21) N35. BELAWAI - DATUK LEN TALIF SALLEH*

22) N36. SEMOP - DOLAH SAIDOL *

23) N37. DARO - MURNI SUHAILI

24) N38. JEMORENG - ABU SEMAN JAHWIE

25) N44. MACHAN - DATUK GRAMONG JUNA

26) N49. NANGKA - DR ANNUAR RAPEE*

27) N50. DALAT - DATIN FATIMAH ABDULLAH

28) N51. BALINGIAN - TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD

29) N55. KATIBAS - AMBROSE BLIKAU ANAK ENTURAN

30) N58. JEPAK - DATUK TALIB ZULPILIP

31) N60. KEMENA - DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM

32) N62. LAMBIR - RIPIN LAMAT*

33) N67. TELANG USAN - DENNIS NGAU*

34) N68. BUKIT KOTA - DR ABDUL RAHMAN ISMAL

35) N71. BUKIT SARI - DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN

PARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK (SUPP)

1) N1. OPAR - RANUM ANAK MINA

2) N9. PADUNGAN - SIM KIANG CHIOK*

3) N10. PENDING - PROF DR SIM KUI HIAN*

4) N11. BATU LINTANG - SIH HUA TONG*

5) N12. KOTA SENTOSA - DATUK ALFRED YAP

6) N13. BATU KAWAH - TAN JOO PHOI

7) N16. BENGOH - DR BELEK @ JERIP ANAK SUSIL

8) N27. SIMANGGANG - DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS

9) N28. ENGKILILI - DR JOHNICHAL RAYONG

10) N39. REPOK - DATUK DAVID TENG

11) N40. MERADONG - LING KIE KING*

12) N45. BUKIT ASSEK - CHIENG BUONG TOON*

13) N46. DUDONG - DATUK TIONG THAI KING*

14) N47. BAWANG ASSAN - DATUK SRI WONG SOON KOH

15) N48. PELAWAN - VINCENT GOH CHUNG SIONG

16) N59. KIDURONG - HENRY LING*

17) N63. PIASAU - TAN SRI DR GEORGE CHAN

18) N64. PUJUT - ANDY CHIA CHU FATT

19) N65. SENADIN - DATUK LEE KIM SHIN

PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)

1) N25. BALAI RINGIN - SNOWDAN LAWAN

2) N26. BUKIT BEGUNAN - MONG ANAK DAGANG

3) N29. BATANG AI - MALCOM MUSSEN ANAK LAMOH

4) N43. NGEMAH - ALEXANDER VINCENT

5) N52. TAMIN -JOSEPH MAUH ANAK IKEH

6) N53. KAKUS - JOHN SIKIE ANAK TAYAI

7) N54. PELAGUS - STANLEY UNJA*

8) N56. BALEH - DATUK SERI DR JAMES MASING

9) N57. BELAGA - LIWAN LAGANG

PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK (SPDP)

1) N2. TASIK BIRU - DATUK PETER NANSIAN ANAK NGUSIE

2) N34. KRIAN - DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE

3) N41. PAKAN - DATUK SERI WILLIAM MAWAN

4) N42. MELUAN - WONG ANAK JUDAT

5) N61. BEKENU - ROSEY YUNUS

6) N66. MARUDI - SYLVESTER ENTRIE ANAK MURAN

7) N69. BATU DANAU -PALU @ PAULUS ANAK GUMBANG

8) N70. BA'KELALAN...(akan diumumkan) ...

-- BERNAMA

Saturday, April 2, 2011

Abang Johari Lancar Jentera Pemuda BN

Tebingan Bintangor digegarkan oleh suara pemuda yang turut serta untuk Majlis Perlancaran Jentera Pemuda BN.  Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Amar Abang Johari.  Turut hadir adalah Ketua Pemuda BN Sarawak, YB Datuk Fadillah Yusuf dan juga Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.  


Walaupun cuaca tidak mengizinkan, namun gegar suara disadur dengan bunyi paluan gendang berkumandang untuk melancarkan Jentera Pemuda BN seramai 40, 000 orang untuk menjalankan kempen Pilihanraya di seluruh Sarawak. 




02 April, 2011 18:31 PM

Pemuda BN Kerah 40,000 Anggota Untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak

KUCHING, 2 April (Bernama) -- Seramai 40,000 anggota Pemuda Barisan Nasional (BN) akan digerakkan dalam usaha mendekati setiap pengundi terutamanya golongan muda bagi membantu jentera BN menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Fadillah Yusof berkata tumpuan jentera Pemuda adalah untuk menangkis fitnah pembangkang di samping menerangkan dengan lebih mendalam mengenai dasar yang dibawa BN.

"Berdasarkan jumlah pengundi muda yang merangkumi 35 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi di Sarawak, maka kita akan memastikan golongan ini tidak mudah terpengaruh dengan usaha pembangkang memesongkan pemikiran mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Pemuda BN Sarawak di Kampung Sourabaya, di sini.

Pelancaran yang disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, turut dihadiri Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, timbalannya Datuk Razali Ibrahim serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata kempen ini akan memastikan golongan muda daripada setiap kaum tidak dipinggirkan.

"Kita tidak akan melihat latar belakang mereka, sebaliknya kita akan berjumpa dengan setiap kaum bagi memastikan dasar kita sampai kepada mereka dan pada masa yang sama kita pastikan tidak akan kaum yang ketinggalan daripada segi pembangunan di negeri Sarawak," katanya.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.

-- BERNAMA

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites