Nuffnang

Tuesday, February 26, 2013

Pelancong Ke Sarawak Meningkat Ke 4 Juta Pada Tahun 2012


Kestabilan sesebuah negeri bergantung kepada kegiatan ekonomi dan juga aktiviti perlancongan di kawasan tersebut. Ini juga kesan daripada penjagaan flora dan fauna yang berkesan untuk menarik minat pencinta alam khususnya, agar berkunjung ke negeri Sarawak.

Syukurlah aktiviti penggalakkan perlancongan semakin pesat dipelopori oleh warga tempatan dan ini membantu meningkatkan pelbagai industri baru dengan adanya permintaan untuk memudah atau mempercepatkan pergerakan pelancong disamping memberi keselesaan dan juga menjaminkan keselamatan mereka.

Jumlah pelancong meningkat 4.06 juta
by Clare Cinderella.



MIRI (27 Feb 2013- Utusan Borneo): Jumlah pelancong yang datang ke negeri ini sepanjang tahun lalu meningkat sebanyak 7.21 peratus atau 4.06 juta orang berbanding 3.79 juta orang pada 2011.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata daripada jumlah pelancong yang berkunjung ke negeri ini, 2.63 juta orang adalah pelancong asing manakala selebihnya adalah pelancong tempatan.

“Walaupun jumlah pelancong asing turut meningkat iaitu 12.4 peratus tetapi angka bagi pelancong domestik (tempatan) menurun sebanyak 1.23 peratus atau 1.43 juta orang (2012) berbanding 1.45 juta orang pada 2011.

“Seramai 859,758 orang daripada pelancong domestik adalah dari Semenanjung Malaysia iaitu meningkat 8.18 peratus berbanding 2011, manakala bakinya 574,550 orang adalah pelancong dari Sabah yang menurun sebanyak 12.6 peratus berbanding 2011,” katanya.

Berikutan perkembangan memberansangkan itu, kementeriannya berharap jumlah tersebut akan lebih meningkat tahun ini. Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan sasaran untuk 2013.

Terdahulu itu, Abang Johari menyampaikan taklimat mengenai pelancongan di negeri ini termasuk acara-acara besar dan yang bertaraf antarabangsa diyakini mampu menarik pelancong asing dan tempatan.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penggiat pelancongan di negeri ini supaya memainkan peranan dan mengguna pakai sepenuhnya kepakaran mereka untuk memajukan industri berkenaan.

Menurut Abang Johari, mereka tidak harus terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata dalam usaha mempromosikan dan mengembangkan pelancongan di negeri ini.

Mengenai sektor pelancongan di sini, Abang Johari berkata para penggiat khususnya agensi-agensi pelancongan di Miri perlu inovatif dan kreatif dalam mencari jalan bagi mempromosikan destinasi atau pakej pelancongan mereka.

“Malah, agensi pelancongan di sini boleh menjalin kerjasama dengan negara jiran seperti Brunei Darussalam untuk merancakkan lagi promosi dan pakej pelancongan mereka,” katanya pada mesyuarat dan sidang dialog bersama penggiat pelancongan, di sini petang kelmarin.

Abang Johari menambah, kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan hanya boleh menyediakan kemudahan dan membantu mempermudah peranan penggiat pelancongan ini.

“Anda (penggiat pelancongan) adalah orang di barisan hadapan dan perlu turun padang membentuk asas pembangunan industri pelancongan yang kukuh dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan, negara-negara lain dan rakan-rakan usaha sama dalam sektor pelancongan,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Pembangkang Keluarkan Manifesto Basi Sekali Lagi! - Abg Jo

Parti pembangkang semakin lemah dan ini jelas kelihatan apabila mereka tidak serius dalam mengeluarkan Manifesto PRU13 mereka.  Agenda Buku Jinggay yang mereka sendiri telah sedar bahawa agenda ini tidak boleh digunapakai di seluruh Malaysia namun tetap menjadi perjuangan Pakatan Haram yang hambar akibat kekurangan modal.

Tidak hairanlah pihak pembangkang masih kucar-kacir dalam mengeluarkan manifesto, kerana bagi mereka, manifesto ini untuk kegunaan toyol dan tolol dalam pengikut mereka.  Mungkin mereka sendiri tidak faham kepentingan manifesto dalam kempen.  Mereka perlu ada manifesto walaupun tidak akan ditunaikan kerana ianya bukan janji seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang Menteri Besar kerajaan pembangkang yang cuma bernasib baik pada PRU12 yang lepas. 

Mungkin selepas ini mereka cuma putih mata kerana rakyat sudah dapat menilai sendiri apabila memberi mandat buta kepada kerajaan pembangkang kerana pencapaian pihak pembangkang didapati lebih lemah jika dibandingkan dengan kerajaan BN sekarang ini.  

Bukan itu sahaja, dalam isu pemilihan Perdana Menteri pun tidak begitu jelas kerana mereka masing-masing sudah mengakui bahawa kerajaan BN sahaja yang layak memerintah.  Orang Pakatan Haram pun tidak berani menyerahkan nasib mereka kepada Anwar Ibrahim mahu pun Hadi Awang atau Karpal Singh!  Mereka sedar bahawa kekecewaan mereka akan menjadi lebih teruk sekiranya Pakatan Haram memerintah.  

Puak-puak Anwarinas adalah terdiri daripada golongan oportunis yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang demi meraih undi yang tidak mungkin akan dilaksanakan sekiranya mereka diberi mandat kerana mereka jelas kurang kepakaran untuk mentadbir negara.  Mereka cuma pandai berpolitik dan layak duduk di kedai kopi untuk mengecam dan menyelar sebarang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.  

Inilah akibatnya apabila tamak kepada kuasa, harta dan pangkat.  Pakatan Haram mungkin lupa bahawa semua ahli pakatan haram adalah golongan yang kecewa dan tidak diguna oleh orang Barisan Nasional kerana mereka tidak suci, kurang mahir dan pecah amanah dalam parti.  

Bukan sahaja seorang malah semua ahli pakatan haram adalah orang yang kecewa, tamak dan mengamal budaya seks songsang mahu pun di luar tabii yang tidak dapat diterima dalam Barisan Nasional.  Ini menyebabkan mereka saling mengecam dan tidak percaya antara satu sama lain kerana mereka masing-masing tamak haloba dan sentiasa khianat-mengkhianati walaupun di dalam keluarga apatah lagi di dalam parti.
Manifesto Pembangkang Basi - Abang Johari 
 
KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

"Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).

"Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan mereka) boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.

Monday, February 4, 2013

My Beautiful Malaysia dilancarkan di Taman Malihah!


Jangan korban semangat tolong-menolong: Fadillah

Utusan Borneo

KUCHING (4 Feb): Rakyat Sarawak tidak sepatutnya mengorbankan norma murni yang dipupuk selama ini terutama melibatkan semangat tolong-menolong dan saling hormat-menghormati walaupun berlainan agama.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, ini kerana masyarakat pelbagai bangsa di negeri ini sudah dipupuk sejak kecil supaya tidak membeza-bezakan antara kaum.

Justeru katanya, perbezaan pendapat dan agama bukan isu besar bagi penduduk Bumi Kenyalang kerana setiap lapisan kaum bebas dalam beragama.

“Janganlah kita menolak norma murni yang dipupuk selama ini. Kita di Sarawak tidak memandang etnik dan kepercayaan bukan isu utama kerana kita mengamalkan kebebasan beragama,” katanya ketika melancarkan program My Beautiful Malaysia di Taman Malihah semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, sejak akhir-akhir ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab berusaha untuk merosakkan perpaduan rakyat Sarawak dengan menyebarkan fahaman songsang.

“Kita (setiap rakyat) perlu mengelak perkara ini. Apa yang mereka lakukan adalah untuk merosakkan perpaduan dan melihat rakyat negeri ini berpecah belah,” ujarnya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjelaskan, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk terus memupuk perpaduan dan mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

“Kita mampu elak golongan tidak bertanggungjawab ini dengan terus memupuk perpaduan.

“Inilah merupakan kecantikan utama Sarawak…setiap lapisan masyarakat dapat hidup bersama,” jelasnya.

Menurutnya, sekiranya perpaduan dapat terus dipupuk, mudah untuk kerajaan merancang pembangunan fizikal, sosial dan meningkatkan ekonomi.

“Jika aspek-aspek ini dapat dirangka dengan baik, sudah pasti lebih ramai pelabur asing berminat menanam modal di negeri ini,” kata Fadillah.

Dalam pada itu, beliau berkata pelancong asing amat menggemari Malaysia kerana rakyatnya yang terkenal dengan sikap berbudi bahasa.

“Kita (Malaysia) berada dalam senarai lima negara pilihan pelancong. Kecantikan kita diukur dari segi tutur kata dan kesopanan yang kita praktikkan,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Muhamad Hashim Yap dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong Dr Zaedi Suhaili.

Jentera BN Wanita Sarawak PRU13 Dilancar!!!

Wanita kini makin banyak diberi peluang untuk berdaya-saing dengan kaum bapa.  Tanpa wanita mungkin hala tuju keluarga tidak akan sejahtera.   Kini dengan adanya suara, tenaga dan undi wanita Sarawak, maka kerajaan BN pasti akan berjaya apabila PRU13 diumumkan!

Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita BN iaitu D.S Shahrizat Jalil.  Pengundi wanita di Sarawak adalah sebanyak 49.97 peratus dan ini menandakan sokongan wanita adalah setara dengan sokongan kaum bapa dan juga pemuda.  

Walaupun demikian, wanita tidak mudah terpedaya dengan tipu daya politik pembangkang kerana mereka sudah kebal dengan segala pembohongan dunia. Beruntunglah sokongan wanita Sarawak masih kepada kerajaan BN yang menjamin masa depan keluarga.   
Suara, tenaga dan undi wanita Sarawak penentu kejayaan BN

Utusan Borneo
PENTING: Undi wanita Sarawak penting dalam menentukan keputusan PRU akan datang. — Gambar Chimon Upon
KUCHING (5 Feb): Suara, tenaga dan undi wanita Sarawak penting dalam setiap pilihan raya yang akan menjadi penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fatimah Abdullah berkata sehingga kini daripada 1,069,654 pengundi berdaftar di negeri ini, seramai 534,516 atau 49.97 peratus adalah pengundi wanita.

Malah katanya, 18 daripada 31 kawasan Parlimen di negeri ini, bilangan pengundi wanita melebihi bilangan pengundi lelaki.

“Berpandukan statistik ini, kita dapat katakan bahawa kuasa mengundi wanita adalah sama dengan kuasa yang ada pada pengundi lelaki.

“Justeru, dalam kalangan sayap wanita setiap parti komponen BN, usaha untuk menggembelengkan usaha, tenaga dan komitmen dalam kalangan ahli-ahli wanita, menjadi amat relevan dan penting untuk memastikan undi wanita BN kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.

Tambah Fatimah, pengalaman masa-masa lalu telah menunjukkan bahawa wanita BN Sarawak mempunyai semangat, iltizam, komitmen dan kemampuan untuk membantu memantapkan perjalanan jentera pilihan raya di semua peringkat.

“Saya amat yakin, dengan tentangan yang lebih mencabar daripada pihak lawan dalam PRU13 yang akan kita hadapi tidak lama lagi, komitmen dan kesungguhan para petugas wanita dalam setiap parti komponen BN akan lebih menyerlah dan lebih terarah,” katanya.

Dalam pada itu, usaha meraih undi daripada semua pengundi menurut Fatimah hendaklah dijadikan tanggungjawab bersama.

Sehubungan usaha itu, beliau berpandangan perkara-perkara seperti berikut perlu diberi perhatian dan dijadikan tanggungjawab utama.

Antaranya, mengenali dengan lebih dekat demografi pengundi di setiap kawasan pilihan raya, mengemas kini daftar pemilih di setiap pusat tempat mengundi, mengenali pola undian dalam pilihan raya negeri dan Parlimen lalu, mengenal pasti isu-isu utama yang dijadikan faktor penentu pola pengundian tersebut dan mengenal pasti pengundi yang tidak bersemangat atau beraspirasi BN.

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites