Nuffnang

Wednesday, April 25, 2012

Penubuhan parti baharu tidak beri kesan kepada BN: Abang Johari

Posted on April 25, 2012, Wednesday

KUCHING: Penubuhan parti baharu tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana percaya rakyat kini lebih rasional untuk memilih.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penubuhan parti menjelang pilihan raya merupakan perkara biasa sama seperti sebelum ini.

“Ia perkara normal masa pillihan raya, parti baharu akan ditubuhkan dan kemudian selepas itu mereka hilang.

“Saya merasakan ia tidak memberi kesan kepada kita (BN) kerana rakyat sudah tahu siapa yang mereka akan pilih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Anugerah Das Goldene Stadttor (Golden City Gate) kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di pejabat Taib di Wisma Pelita di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan parti-parti baharu di negeri ini menjelang PRU13.

Baru-baru ini Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan sebuah parti baharu iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) dengan menyaksikan Dr Ong Lark Sai sebagai presiden penajanya.

Abang Johari menegaskan, rakyat yang kini lebih rasional untuk memilih, pasti akan melihat prestasi rekod sesebuah parti itu.

“Rakyat akan lihat prestasi rekod sesebuah parti itu dan ia (penubuhan parti baharu) perkara biasa sama seperti sebelumnya,” ujarnya.


Monday, April 23, 2012

Kesederhanaan stabilkan PBB


by Mahathir Haroun. Posted on April 23, 2012, Monday

Ia menyebabkan rakyat yakin dengan pemimpin parti, kata Abang Johari

KUCHING: Kestabilan dalam PBB terbentuk hasil daripada sifat kesederhanaan yang diamalkan pemimpinnya di pelbagai peringkat.

Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kesederhanaan yang dipraktikkan menyebabkan rakyat negeri ini terutama Bumiputera yakin dengan pemimpin parti.

“Kita perlu sederhana dalam hidup. Untuk memimpin masyarakat, setiap pemimpin perlu mengamalkan kesederhanaan.

“Ini kerana perlu ada keseimbangan terutama menjalankan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya pada Majlis Tilawah Al-Quran PBB N8 Satok di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, pimpinan PBB juga tidak pernah lupa tanggungjawab dengan agama.

“Bagi kita, agama adalah tiang kehidupan dan berpolitik merupakan kebajikan kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Marzuki Batu dari Kampung Masjid diumumkan sebagai johan kategori qari dewasa manakala Muhamad Qadei Edanan (Kampung Kudei Lama) di tempat kedua dan tempat ketiga Mohd Shaiful Nizam (Kampung No.3).

Kategori qariah dewasa menyaksikan Dayang Meriam Awang Nahrawi (Kampung No.6) muncul johan, Siti Raeisha Ishak (Kampung Masjid) di tempat kedua dan tempat ketiga disandang Zahirah Ramzi (Kampung No. 3).

Mohd Adam Abdul Gani (Kampung No.5) pula memenangi qari remaja manakala tempat kedua Amerul Syidiq Mohammmad (Kampung Kudei Baru) dan Ahmad Dinie Ashraf (Kampung No.3) di tempat ketiga.

Johan qariah remaja disandang Nur Amira Akon (Kampung Kudei Baru), tempat kedua Nina Sarfina Rahmatullah (Kampung Kudei Lama) dan tempat ketiga dimenangi Nur Amanina Roslan (Kampung No.4

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites