
Posted on April 25, 2012, Wednesday
KUCHING: Penubuhan parti baharu tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana percaya rakyat kini lebih rasional untuk memilih.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penubuhan parti menjelang pilihan raya merupakan perkara biasa sama seperti sebelum ini.
“Ia perkara normal masa pillihan raya, parti baharu akan ditubuhkan dan kemudian selepas itu mereka hilang.
“Saya merasakan ia tidak memberi kesan kepada kita (BN) kerana rakyat sudah tahu siapa yang mereka akan pilih,” katanya kepada pemberita...