Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

Sistem Pembetungan Berpusat Kuching siap pertengahan 2012


Posted on theborneopost.com, July 19, 2011, Tuesday

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan Sistem Pembetungan Berpusat Kuching sepanjang 64.5 km, dijadual siap sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Pelaksanaan projek ini merupakan satu inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pencemaran jalan air (waterways) di bandar ini.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ia adalah projek yang akan membersihkan semua kumbahan sebelum disalurkan semula ke sungai.

“Seperti mana yang kita ketahui, ada tiga sungai yang mengelilingi bandar ini iaitu Sungai Padungan, Sungai Bintagor dan Sungai Maong.

“Apa yang terjadi ialah, pencemaran datang dari kawasan berpopulasi tinggi dari Padungan sehingga kawasan Satok.

“Najis dan kumbahan dari dapur mengandungi bahan tercemar. Semua ini akan dirawat menerusi Sistem Pembetungan Berpusat, yang kini sedang dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan ke tapak pembinaan sistem berkenaan yang terletak di bawah jejambat Satok di sini semalam.

Tambah Abang Johari, bahan buangan pepejal akan dikumpul manakala air kumbahan akan dirawat sebelum disalurkan semula ke sungai sebagai air bersih.

Menurutnya, pelaksanaan sistem ini dimulakan dari kawasan yang paling tercemar dan akan disambung ke rumah kedai dan kediaman penduduk.

Sepanjang tempoh pelaksanaan sistem yang menelan kos RM500 juta ini, penduduk akan berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya.

Namun kata Abang Johari, masalah ini akan selesai sebaik sistem pembetungan ini siap dilaksanakan pada Jun 2012.

Justeru, beliau berharap orang ramai terutama di sekitar kawasan yang terlibat bersabar sehingga terlaksananya projek berkenaan.

Sehingga 8 Julai 2011, keseluruhan kerja-kerja pelaksanaan projek telah mencapai tahap 49 peratus, loji rawatan air buangan berpusat (62 pe-ratus), jaringan pembetungan (65 peratus) manakala sambungan aset kini pada tahap 0.3 peratus.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites