Nuffnang

Saturday, March 26, 2011

Abang Johari Rasmi Gelanggang Seni Sempena Program Kejiranan Mesra Patinggan 2011

Penduduk Satok di kawasan Jalan Patinggan hari ini berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Sarawak.  


Ini kerana kerajaan Barisan Nasional telah menghadiahkan Gelanggang Seni sempena program Kejiranan Mesra Patinggan 2011.    Hadiah ini telah disampaikan kepada penduduk di sekitar Jalan Patinggan oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.  Turut hadir adalah Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusuf.  


Para hadirin yang hadir turut disajikan dengan persembahan pencak silat dari Perguruan Hati 12.  Semoga Gelanggang Seni ini dapat dimanfaatkan bersama oleh penduduk Satok.


KUCHING, 26 Mac - Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Tun Openg memasukkan keris ke dalam sarungnya sebagai simbolik perasmian Gelanggang Seni sempena program Kejiranan Mesra Patinggan 2011 di sini hari ini.

Turut sama Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusuf merangkap Timbalan Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi (kanan).

SPR menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pembuangan undi untuk Pilihan Raya umum dewan undangan negeri Sarawak ke-10.
 -BERNAMA

2 comments:

gambar ke-3 macam cikgu karim obeng..perghh..

guru karim terbaik..steady hati12... :D

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites