Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Abang Johari Sempurnakan Upacara Pecah Tanah di Bakong

Badai angin penamaan calon semakin hampir.  Persiapan untuk berkempen semakin ligat sempena Pilihanraya Sarawak yang ke-10.  


Abang Johari yang baru kembali dari Bakong sempena Upacara Pecah Tanah bagi projek perintis konsep baru rumah panjang di Rumah Chabu telah berkongsi mengenai pembangunan di sebalah utara.    

Menurut beliau projek perintis bernilai RM 2.28 juta ini adalah pembangunan yang dikecapi apabila bersama berjuang untuk parti Barisan Nasional.  Dalam projek ini juga geran tanah dikeluarkan kepada penghuni yang yakin dengan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak untuk menjadi perintis kepada projek baru ini.

Naib Presiden SPDP iaitu Sylvester Entri juga hadir di majlis tersebut dan menyelar orang SNAP yang hanya mampu untuk mengagihkan kalendar syok sendiri mereka kepada penduduk di sekitar Bakong.  Ini berbeza dengan kerajaan yang mengagihkan geran tanah yang boleh diwarisi turun-temurun.  Bandingkanlah sahaja insentif SNAP dan kerajaan Barisan Nasional Sarawak?  

30 Mac, 2011 20:45 PM

SNAP Manipulasi Slogan Tradisi Iban

MIRI, 30 Mac (Bernama) -- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) memanipulasikan slogan terkenal kaum Iban "Agi Idup Agi Ngelaban" untuk membangkitkan emosi rakyat, kata Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Sylvester Entri Muran Rabu.

Dengan pilihan raya negeri ke-10 semakin menghampiri, beliau berkata SNAP menggunakan slogan tradisi itu yang bermaksud "berjuang selagi nafas masih ada" dan dicetak pada kalendar yang mereka edarkan untuk menghasut rakyat supaya menolak usaha kerajaan untuk membawa pembangunan.

"Jika slogan mereka ialah "Agi Idup, Agi Ngelaban," slogan kami dalam Barisan Nasional "Agi Idup, Agi Mansang (selagi nafas masih ada, lagi maju)," katanya pada majlis pecah tanah bagi projek perintis konsep baru rumah panjang di Rumah Chabu, Bakong, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Upacara pecah tanah itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Entri, yang juga penyandang kerusi Marudi mendakwa Presiden SNAP Edwin Dundang Bugak, yang turut berhasrat bertanding di kerusi itu telah mengedarkan kalendar itu sebagai sebahagian taktik untuk memancing sokongan rakyat di kawasan itu.

"Apalah sangat sekadar mengagihkan kelendar berbanding apa yang kami (iaitu) Barisan Nasional agihkan bagi memastikan aset rakyat pada masa ini akan diwarisi generasi mereka akan datang," katanya merujuk kepada pengeluaran geran tanah kepada penduduk rumah panjang yang terlibat dalam projek perintis itu.

Pelaksanaan projek bernilai kira-kira RM2.28 juta mencerminkan keupayaan kerajaan untuk membawa pembangunan yang membawa faedah jangka panjang kepada rakyat.

Selain projek itu, Entri berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas baru-baru ini meluluskan RM1.3 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di lapan rumah panjang di Bakong.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites