Nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Pakatan Haram Gaduh Pasal Kerusi???!!!

BN Sarawak semakin fokus dalam menggiatkan jentera pilihanraya di seluruh Sarawak.  Bahang pilihanraya sudah dapat dirasai di semua kawasan DUN.  



Satok tidak kurang hebatnya dari segi persiapan dan perlaksanaan strategi untuk mendapat majoriti 3000 undi berbanding tahun 2006.  



Abang Johari juga peka dengan keadaan di Satok namun beliau telah menyatakan rasa kecewa kerana ada projek yang sudah 80% selesai dan terpaksa disiapkan selepas pilihanraya. 


Pakatan Rakyat sepatutnya mencontohi Abang Johari daripada bertelagah untuk menentukan calon dan pembahagian kawasan bertanding?!!! Mereka sepatutnya memikirkan cara untuk memberi buku Jingay yang lebih realistik kepada orang Sarawak.  


Janganlah disebabkan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.  Tunjukanlah mereka mampu mengendalikan perselisihan sesama parti komponen Pakatan Rakyat dahulu?  Adakah disebabkan rata-rata wakil Pakatan Rakyat merupakan bekas peguam yang tamak?!! Maka mereka tidak boleh bersefahaman sesama mereka?!  


Kebiasaan mereka yang mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi menunjukkan peguam yang diambil semua umpama tamak haloba?!!!  Apakah akan terjadi dengan nasib PKR ini?  
28 Mac, 2011 14:58 PM 
Pakatan Pembangkang Makin Lemah, Tidak Akan Jejas BN Sarawak, Kata Abang Johari 

MUKAH, 28 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin parti pembangkang tidak mampu memberi saingan sebagai satu kuasa pakatan pada pilihan raya negeri kali ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana pakatan yang disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti kebangsaan Sarawak (SNAP), DAP dan PAS itu masih bertelagah mengenai agihan kerusi.

"Tidak ada tanda-tanda mereka akan bertolak ansur dalam masa terdekat dan ini menjejaskan hubungan mereka.

"Berdasarkan perkara ini, saya tidak fikir mereka mampu menentang kita sebagai satu kuasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Perumahan Mesra Rakyat, di Kampung Nelayan, di sini Isnin.

Abang Johari berkata perebutan kerusi bukan saja membabitkan PKR dan SNAP bagi kerusi di kawasan luar bandar yang bermajoritikan penduduk bumiputera, malah melibatkan PKR dan DAP bagi kerusi kawasan bandar.

"Semua ini jelas menunjukkan pakatan itu semakin runtuh," katanya.
Terdahulu semasa berucap, beliau menyeru masyarakat agar memastikan semua calon BN termasuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian menang pada pilihan raya 16 April ini.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites