2,847 unit rumah di bawah PPR di Sarawak tahun depanUtusan Borneo 28 November 2012, RabuKUCHING: Sebanyak 2,847 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) telah diluluskan untuk dibina di Sarawak pada tahun depan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM512.46 juta.Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ia membabitkan 12 projek perumahan iaitu PPR Lambir, Miri (500 unit), PPR Saratok, Betong (68 unit), PPR Sri Aman (123 unit), PPR Kidurong, Bintulu (215 unit), PPR Permyjaya, Miri (314 unit), PPR Tabuan Melayu, Kuching (213 unit), PPR Sungai Tengah II, Kuching (439 unit), PPR Matang Batu 9, Kuching...