Nuffnang

Saturday, February 18, 2012

Jambatan Gantung Satok akan dibangunkan semula

Posted on February 17, 2012, Friday KUCHING: Kerajaan akan membangunkan semula Jambatan Gantung Satok bagi mengembalikan nostalgia penduduk tempatan selepas roboh pada 2004. Bagaimanapun jambatan sepanjang 130 meter yang menghubungkan antara penduduk di Satok dan Matang pada awalnya akan dibangunkan bagi tujuan pejalan kaki sahaja. Menurut Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, rancangan untuk membangunkan jambatan tersebut telah dibincangkan dan ia masih di bawah kajian. “Kami memang telah merancang untuk membangunkan semula Jambatan Gantung Satok seperti yang sering dicadangkan oleh penduduk di kawasan ini. “Buat...

Tuesday, February 14, 2012

Sarawak Pemain Utama Dalam Pertumbuhan Ekonomi Dunia!!!??

Tidak mustahil sekiranya Sarawak menjadi pemain utama dalam pertumbuhan ekonomi dunia melalui industri pelancongan.  Hal ini dinyatakan oleh Menteri Pelancongan semasa sidang media Sarawak Tourism Information Update.  Apakah mekanisme yang akan digunakan untuk mencapai ke arah tersebut?!!!  Ikutilah petikan berita di bawah ini.   Kerajaan teliti tubuh tabung amanah untuk promosi pelancongan Utusan Borneo on February 15, 2012, Wednesday KUCHING: Kementerian Pelancongan kini sedang meneliti untuk menubuhkan tabung amanah untuk mengumpul dana dalam usaha mempromosi pelancongan negeri ini. Menteri Pelancongan Datuk Amar...

Thursday, February 9, 2012

Perjalanan ke pusat peranginan Damai akan lebih selesa: Abg Jo

Oleh Mahathir Haroun. Utusan Borneo 9 Feb 2012, Khamis Cadangan menaik taraf Jalan Sultan Tengah akan dikemuka dalam RMK-11 SANTUBONG: Cadangan menaik taraf Jalan Sultan Tengah yang menghubungkan bandar raya ini dan Semenanjung Damai hanya dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, projek tersebut merangkumi penambahan pembesaran jalan daripada satu kepada dua lorong. “Kami telah merangka satu cadangan supaya Jalan Sultan Tengah dinaik taraf untuk menjadi dua lorong. “Ia adalah untuk memberi kemudahan lebih selesa kepada pelawat yang berkunjung ke Semenanjung...

Perkongsian pintar pacu transformasi Sibu Jaya

by Andy Sabang. Posted on February 8, 2012, Wednesday MAKIN RANCAK: Abang Johari (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas selesai Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan ‘Pearl Avenue’ di Sibu Jaya, semalam. Konsep perbandaran serba lengkap akan dijadikan model pembangunan bandar lain: Abang Johari SIBU: Perkongsian pintar di antara Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Kumpulan Amcorp di bawah inisiatif dana swasta telah memacu transformasi pembangunan bandar baharu Sibu Jaya. Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ini termasuk penerapan pembangunan berdasarkan konsep perbandaran serba...

Kampung Budaya Sarawak dijangka tarik 200,000 pelawat tahun ini

Utusan Borneo 9 Feb 2012, Khamis TURUT SERTA: Abang Johari tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri memasak makanan masyarakat Bidayuh semasa Majlis Pra-Pelancaran Pakej Istimewa Gawai. SANTUBONG: Kampung Budaya Sarawak dijangka mampu menarik 200,000 pelawat pada tahun ini selepas kerja-kerja menaik taraf bernilai RM5 juta dilaksanakan. Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, pada tahun ini sebanyak 140,000 pelawat berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak secara harian. “Ia tidak termasuk pengunjung yang datang semasa Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau acara-acara lain. “Sasaran kita pada tahun ini memang besar, tapi...

Saturday, February 4, 2012

Sibu Jaya Bandar Pertama Komunikasi Tanpa Sempadan

Syabas atas kerjasama antara MOSTI dan Suruhanjaya Perumahan Sarawak (HDC) yang berjaya meningkatkan permintaan ke atas perumahan di Sibu Jaya dengan adanya 'cloud computing'.   Ianya seakan sistem astro kecil yang mengunakan teknologi komputeran awan untuk menerima dan menghantar data tanpa batas.??!!   Sibu Jaya pertama di Sarawak dilengkapi ‘Cloud Computing’ Posted on February 4, 2012, Saturday Abang Johari KUCHING: Sibu Jaya bakal menjadi bandar pertama di negeri ini dilengkapi dengan infrastruktur ‘Cloud Computing’ yang akan membolehkan masyarakat berkomunikasi tanpa sempadan. Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar...

Pages 381234 »

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites