Nuffnang

Monday, February 4, 2013

Jentera BN Wanita Sarawak PRU13 Dilancar!!!

Wanita kini makin banyak diberi peluang untuk berdaya-saing dengan kaum bapa.  Tanpa wanita mungkin hala tuju keluarga tidak akan sejahtera.   Kini dengan adanya suara, tenaga dan undi wanita Sarawak, maka kerajaan BN pasti akan berjaya apabila PRU13 diumumkan!

Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita BN iaitu D.S Shahrizat Jalil.  Pengundi wanita di Sarawak adalah sebanyak 49.97 peratus dan ini menandakan sokongan wanita adalah setara dengan sokongan kaum bapa dan juga pemuda.  

Walaupun demikian, wanita tidak mudah terpedaya dengan tipu daya politik pembangkang kerana mereka sudah kebal dengan segala pembohongan dunia. Beruntunglah sokongan wanita Sarawak masih kepada kerajaan BN yang menjamin masa depan keluarga.   
Suara, tenaga dan undi wanita Sarawak penentu kejayaan BN

Utusan Borneo
PENTING: Undi wanita Sarawak penting dalam menentukan keputusan PRU akan datang. — Gambar Chimon Upon
KUCHING (5 Feb): Suara, tenaga dan undi wanita Sarawak penting dalam setiap pilihan raya yang akan menjadi penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fatimah Abdullah berkata sehingga kini daripada 1,069,654 pengundi berdaftar di negeri ini, seramai 534,516 atau 49.97 peratus adalah pengundi wanita.

Malah katanya, 18 daripada 31 kawasan Parlimen di negeri ini, bilangan pengundi wanita melebihi bilangan pengundi lelaki.

“Berpandukan statistik ini, kita dapat katakan bahawa kuasa mengundi wanita adalah sama dengan kuasa yang ada pada pengundi lelaki.

“Justeru, dalam kalangan sayap wanita setiap parti komponen BN, usaha untuk menggembelengkan usaha, tenaga dan komitmen dalam kalangan ahli-ahli wanita, menjadi amat relevan dan penting untuk memastikan undi wanita BN kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.

Tambah Fatimah, pengalaman masa-masa lalu telah menunjukkan bahawa wanita BN Sarawak mempunyai semangat, iltizam, komitmen dan kemampuan untuk membantu memantapkan perjalanan jentera pilihan raya di semua peringkat.

“Saya amat yakin, dengan tentangan yang lebih mencabar daripada pihak lawan dalam PRU13 yang akan kita hadapi tidak lama lagi, komitmen dan kesungguhan para petugas wanita dalam setiap parti komponen BN akan lebih menyerlah dan lebih terarah,” katanya.

Dalam pada itu, usaha meraih undi daripada semua pengundi menurut Fatimah hendaklah dijadikan tanggungjawab bersama.

Sehubungan usaha itu, beliau berpandangan perkara-perkara seperti berikut perlu diberi perhatian dan dijadikan tanggungjawab utama.

Antaranya, mengenali dengan lebih dekat demografi pengundi di setiap kawasan pilihan raya, mengemas kini daftar pemilih di setiap pusat tempat mengundi, mengenali pola undian dalam pilihan raya negeri dan Parlimen lalu, mengenal pasti isu-isu utama yang dijadikan faktor penentu pola pengundian tersebut dan mengenal pasti pengundi yang tidak bersemangat atau beraspirasi BN.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites