Nuffnang

Tuesday, February 26, 2013

Pelancong Ke Sarawak Meningkat Ke 4 Juta Pada Tahun 2012


Kestabilan sesebuah negeri bergantung kepada kegiatan ekonomi dan juga aktiviti perlancongan di kawasan tersebut. Ini juga kesan daripada penjagaan flora dan fauna yang berkesan untuk menarik minat pencinta alam khususnya, agar berkunjung ke negeri Sarawak.

Syukurlah aktiviti penggalakkan perlancongan semakin pesat dipelopori oleh warga tempatan dan ini membantu meningkatkan pelbagai industri baru dengan adanya permintaan untuk memudah atau mempercepatkan pergerakan pelancong disamping memberi keselesaan dan juga menjaminkan keselamatan mereka.

Jumlah pelancong meningkat 4.06 juta
by Clare Cinderella.



MIRI (27 Feb 2013- Utusan Borneo): Jumlah pelancong yang datang ke negeri ini sepanjang tahun lalu meningkat sebanyak 7.21 peratus atau 4.06 juta orang berbanding 3.79 juta orang pada 2011.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata daripada jumlah pelancong yang berkunjung ke negeri ini, 2.63 juta orang adalah pelancong asing manakala selebihnya adalah pelancong tempatan.

“Walaupun jumlah pelancong asing turut meningkat iaitu 12.4 peratus tetapi angka bagi pelancong domestik (tempatan) menurun sebanyak 1.23 peratus atau 1.43 juta orang (2012) berbanding 1.45 juta orang pada 2011.

“Seramai 859,758 orang daripada pelancong domestik adalah dari Semenanjung Malaysia iaitu meningkat 8.18 peratus berbanding 2011, manakala bakinya 574,550 orang adalah pelancong dari Sabah yang menurun sebanyak 12.6 peratus berbanding 2011,” katanya.

Berikutan perkembangan memberansangkan itu, kementeriannya berharap jumlah tersebut akan lebih meningkat tahun ini. Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan sasaran untuk 2013.

Terdahulu itu, Abang Johari menyampaikan taklimat mengenai pelancongan di negeri ini termasuk acara-acara besar dan yang bertaraf antarabangsa diyakini mampu menarik pelancong asing dan tempatan.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penggiat pelancongan di negeri ini supaya memainkan peranan dan mengguna pakai sepenuhnya kepakaran mereka untuk memajukan industri berkenaan.

Menurut Abang Johari, mereka tidak harus terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata dalam usaha mempromosikan dan mengembangkan pelancongan di negeri ini.

Mengenai sektor pelancongan di sini, Abang Johari berkata para penggiat khususnya agensi-agensi pelancongan di Miri perlu inovatif dan kreatif dalam mencari jalan bagi mempromosikan destinasi atau pakej pelancongan mereka.

“Malah, agensi pelancongan di sini boleh menjalin kerjasama dengan negara jiran seperti Brunei Darussalam untuk merancakkan lagi promosi dan pakej pelancongan mereka,” katanya pada mesyuarat dan sidang dialog bersama penggiat pelancongan, di sini petang kelmarin.

Abang Johari menambah, kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan hanya boleh menyediakan kemudahan dan membantu mempermudah peranan penggiat pelancongan ini.

“Anda (penggiat pelancongan) adalah orang di barisan hadapan dan perlu turun padang membentuk asas pembangunan industri pelancongan yang kukuh dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan, negara-negara lain dan rakan-rakan usaha sama dalam sektor pelancongan,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites