Nuffnang

Friday, March 22, 2013

DBKU : Pantau Iklan Tanpa Permit Di Satok

PBT di Satok kini menguatkan perlaksanaan undang-undang dari segi penggantungan iklan tanpa lesen atau permit yang sah.  Ini adalah langkah yang bijak untuk menangani masalah poster menjelang PRU13 kelak.  Iklan tanpa permit akan didenda dan diturunkan sekiranya didapati tidak mengikut spesifikasi DBKU.

Syabas kepada usaha DBKU untuk memantapkan lagi bidang kuasa di Kuching.  Semoga peniaga termasuk pihak kempen akan mematuhi apabila cuba menjual iklan di Satok.
Satok tumpuan iklan tanpa permit

USAHA DBKU: Andrew (depan) menunjukkan kain rentang yang digantungkan pada bingkai khas di Jalan Astana, Kuching semalam.
KUCHING: Kawasan Satok menjadi tumpuan utama penggantungan iklan tanpa permit termasuk di papan tanda jalan, tiang elektrik, perhentian bas, dinding ban­gunan dan batang pokok.Kebanyakan iklan tanpa permit melibatkan pinjaman wang, sewa beli rumah, pema­sangan pagar rumah, produk perubatan dan kosmetik.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kawal Selia Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Andrew Joris Noyen berkata, DBKU akan menurunkan iklan tanpa per­mit dengan serta-merta.

“Ia merupakan kesalahan di bawah ‘The Local Authorities (Advertisements) By-Laws 2012’ dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan dipen­jara tidak melebihi enam bulan sekiranya didapati bersalah,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pada tahun lepas sebanyak 263 iklan tanpa permit dan 179 iklan tidak ter­urus diturunkan DBKU Ronda bersama DBKU Bantu.

Dalam usaha mengurang­kan masalah penggantungan iklan tanpa permit, beliau berkata, DBKU membina bingkai khas di Jalan Astana dengan kos RM19,350.

“Kita turut menyediakan enam lokasi lain untuk tujuan sama termasuk di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Jalan Kulas,” ujarnya.

Andrew berkata, kain rent­ang yang hendak digantung perlu dikemukakan kepada DBKU terlebih dahulu bagi tu­juan semakan dan kelulusan.

“Kain rentang yang tidak memenuhi syarat permo­honan seperti mempamerkan iklan rokok dan minuman tidak dibenarkan untuk di­gantung,” jelasnya.

Beliau berharap penduduk kawasan di bawah pentadbiran DBKU mematuhi peraturan penggantungan iklan.

“Masalah iklan tanpa per­mit bukan sahaja merugikan DBKU tetapi menjejas imej Kuching yang terkenal dengan bandar raya bersih, cantik dan selamat,” kata Andrew.

Untuk permohonan per­mit iklan dan sewaan bing­kai penggantungan, sila hubungi Bahagian Pelesenan (LES) DBKU di talian 082-234657/234654 atau e-mel terus ke les@dbku.gov.my.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites