Nuffnang

Sunday, March 17, 2013

Jambatan RM100 Juta Hubungkan Petra Jaya ke Pusat Bandaraya!

 Berkat arus pembangunan yang deras di bawah Barisan Nasional, sebuah lagi jambatan yang bernilai RM 100 juta sedang dalam perancangan untuk menghubungkan pusat bandar dan Petra Jaya.  Semoga jambatan ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas yang semakin meningkat di kalangan pengguna jalan raya di sekitar Petra Jaya.  
Jambatan hubungkan pusat bandar dan Petra Jaya dirancang
TAMBAHAN: Hasidah menyampaikan cek kepada Pengerusi Surau Darul Nur Hasanah Abu Seman Rambli sambil disaksikan Abang Johari dan tetamu lain.
TAMBAHAN: Hasidah menyampaikan cek kepada Pengerusi Surau Darul Nur Hasanah Abu Seman Rambli sambil disaksikan Abang Johari dan tetamu lain.
KUCHING: Kerajaan merancang mewujudkan jambatan baharu yang menghubungkan pusat bandar dan kawasan Petra Jaya dalam usaha mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia dilihat langkah yang paling wajar ekoran peningkatan bilangan kereta dimiliki penduduk Petra Jaya.
Menurutnya, meskipun menelan kos besar sekitar RM100 juta, pembinaan jambatan itu merupakan keutamaan kerajaan bagi memastikan kesesakan dapat dikurangkan.
“Kita merancang wujudkan jambatan baharu yang akan hubungkan Petra Jaya dan pusat bandar.
“Kos pembinaan jambatan ini mungkin mencecah RM100 juta dan ia adalah pilihan terbaik untuk atasi kesesakan,” katanya ketika berucap merasmikan Surau Darul Nur Hasanah Taman Sourabaya Indah malam kelmarin.
Hadir sama Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta ADUN Saribas Mohd Razi Sitam.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, pada masa ini kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama yang dialami penduduk di Petra Jaya.
“Kesesakan yang berlaku ini menunjukkan kita sudah berjaya dan pendapatan lebih baik kerana mampu membeli kereta.
“Memang kita sudah berjaya namun di sebalik kejayaan ini timbul masalah baharu iaitu kesesakan lalu lintas,” ujarnya.
Mengulas mengenai tujuan utama pembinaan surau atau masjid, Abang Johari menjelaska bahawa ia memberi makna besar dan merupakan simbol perpaduan masyarakat.
“Kalau surau wujud maka orang ramai akan berkumpul dan pada masa sama akan mengukuhkan perpaduan,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok mahu perpaduan masyarakat negeri ini terus dipupuk.
“Perpaduan kita perlu dipertahankan, jika digugat maka orang lain mengambil kesempatan,” katanya.
Pada majlis tersebut Abang Johari dan Hasidah masing-masing mengumumkan peruntukan berjumlah RM15,000 dan RM10,000 untuk membesarkan Surau Darul Nur Hasanah.
Surau Darul Nur Hasanah yang siap sepenuhnya pada 2010 dibina dengan kos kira-kira RM500,000.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites