Nuffnang

Sunday, March 17, 2013

Pengurus Akan Dilantik Untuk Menjaga Urusan Di Rumah Pangsa Awam!

Syabas di atas usaha Kementerian Perumahan Sarawak yang mengambil inisiatif untuk melantik seorang pengurus bagi menjamin kualiti penghuni rumah pangsa awam di samping mengurus dan menyelaras aktiviti penyelenggaraan.

Penghuni rumah pangsa awam pasti akan mengambil tawaran ini dengan senang hati setiap kali membeli rumah pangsa awam di mana kerja penyelenggaraan akan berjalan dengan lancar dengan adanya pengurus yang bertauliah.  

Ini adalah satu lagi langkah kerajaan untuk menjamin keselesaan pembeli dan penghuni rumah pangsa awam.
Rumah pangsa akan dijaga seorang pengurus: Abg Jo
UNTUK KECERIAAN PENGHUNI: Abang Johari menandatangani plak sewaktu pelancaran Kejiranan Indah di Taman Sri Harmoni. Turut kelihatan Fadillah dan Yong (kanan).
KUCHING (18 Mac 2013 - Utusan Borneo) : Setiap rumah pangsa awam akan dijaga oleh seorang pengurus yang dilantik untuk mengurus dan mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan kualiti kehidupan penghuninya tidak terjejas.
Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pengurus yang dilantik hendaklah berkelayakan minimum Diploma Pengurusan Hartanah bertujuan menangani masalah dihadapi penduduk di perumahan awam yang dibina dan diselenggara oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).
“Bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat terutama daripada aspek persekitaran yang bersih dan selesa, program ‘My Beautiful Neighbourhood’ (Kejiranan Indah) telah ditubuhkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” ujarnya pada majlis pelancaran program tersebut di Taman Sri Harmoni, Matang semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Yong Bun Fou dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.
Selain itu pameran mengenai kesihatan dan kebersihan serta aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan oleh para penduduk di situ turut diadakan sempena majlis tersebut.
Melalui program Kejiranan Indah, dana khas akan diperuntukkan bagi setiap kawasan perumahan awam setiap tahun bagi kerja-kerja menambah baik serta menyelenggara yang akan diselia oleh pengurus yang telah dilantik.
Menurut Abang Johari, program-program utama yang dijalankan melalui Kejiranan Indah adalah termasuk membaik pulih infrastruktur perumahan awam rumah pangsa, mengindahkan tempat awam serta landskap di sekelilingnya.
“Selari dengan komitmen kerajaan Janji Ditepati dan dasar 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Taman Sri Harmoni, RPR Taman Malihah Jaya dan RPR Taman Sri Malihah akan menjadi Kejiranan Indah menerusi program ini,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa program tersebut amat mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh para penghuni perumahan awam demi membantu meningkatkan kualiti hidup dan persekitarannya.
“Sejumlah RM2.3 juta telah dibelanjakan bagi menaik taraf, membaiki bangunan serta kemudahan-kemudahan lain di Taman Sri Harmoni temasuk pembinaan padang futsal bagi para belia menjalankan akitiviti sosial,” katanya.
Beliau turut menerangkan bahawa bangunan-bangunan rumah pangsa harus dicat setiap beberapa tahun agar pemandangannya sentiasa kelihatan ceria.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites