Nuffnang

Sunday, March 24, 2013

Tapah Sentral Bukti Pinggir Bandar Tidak Terpinggir Oleh Kerajaan BN: Abg Jo

Kerajaan berjanji akan membangunkan pinggir bandar sejajar dengan Pelan Tansformasi Kerajaan untuk memajukan kawasan bandar dan luar bandar.  Di Tapah juga iaitu 22 batu dari Kuching akan menjadi sebuah lagi bandar satelit dengan kewujudan Tapah Sentral.  Ini akan menjamin penduduk kawasan pinggir bandar tidaklah terpinggir agar mereka tetap merasai arus pembangunan.  

Abang Johari juga menjelaskan projek Rumah Mampu Milik bagi penduduk di sekitar Tapah yang berharga kurang daripada RM 200 ribu seunit.  Jalan Lingkaran akan diwujudkan bagi memudahkan perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan untuk menghubungi bandar-bandar lain di Sarawak. 

Mampukah kerajaan pembangkang memberi pembangunan seperti kerajaan BN Sarawak?  Kalau ditanya mengenai Tapah kepada Anwar Ibrahim, dia tahu kah di mana Tapah?
Pinggir bandar akan terus dibangunkan

by Rusnan Mustafa.

Pastikan rakyat di kawasan berkenaan tidak ketinggalan daripada arus pembangunan

KUCHING (25 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan negeri akan terus membangunkan kawasan pinggir bandar bagi memastikan rakyat di kawasan berkenaan tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata dalam usaha kerajaan merancakkan lagi pembangunan di bandar-bandar utama, kemajuan pinggir bandar tidak pernah diketepikan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri memang membangunkan kawasan pinggiran dan pembangunan kini sedang berjalan di Batu 10 (Kota Padawan dan Batu 7 (Kota Sentosa) termasuk pekan kecil Tapah di Batu 22.

“Pembangunan di pekan Tapah sahaja misalnya merupakan hasil perancangan kerajaan negeri dan ini akan menghubungkan Samarahan menjurus ke Kuching, maknanya kita ada jalan lingkaran,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Tapah Sentral, Batu 22 dekat sini semalam.

Kesan pembangunan pesat bahagian Kuching juga ujarnya, telah menyaksikan pekan Tapah bukan lagi kawasan pedalaman tetapi kini sudah mula berkembang menjadi kawasan maju hasil kepesatkan pembangunan bahagian Kuching dan Samarahan.

Abang Johari yang juda Menteri Pelancongan berkata malah masyarakat yang tinggal di Tapah dan sekitarnya kini mempunyai pusat mbeli-belah sendiri tanpa perlu ke pusat bandar.

Tambahnya, sebanyak 198 unit rumah yang berharga kurang daripada RM200,000 turut dibangunkan di kawasan Tapah untuk memberi keselesaan kediaman kepada rakyat yang tinggal di kawasan itu.

“Ini bermakna masyarakat akan mampu memiliki rumah yang dibangunkan oleh syarikat ini dan sudah tentu ia dapat menambah baik suasana kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan Tapah ini,” jelasnya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu dalam bahagian Kuching dan Samarahan populasi penduduk kini mencecah 750,000 orang iaitu satu pertiga daripada 2.5 juta populasi rakyat negeri ini.

“Kita mempunyai kerajaan yang dapat merancang dan melihat masa depan dalam memenuhi keperluan rakyatnya menerusi dasar sosial yang mana kita mahu mengintegrasikan rakyat berbilang kaum dan agama hidup dalam suasana aman dan makmur di satu kawasan,” katanya.

Namun, bagi menjayakan dan melancarkan pembangunan, katanya kesatuan rakyat amat diperlukan supaya masyarakat berbilang kaum kekal hidup dalam keadaan bersatu dan aman.

Menyentuh mengenai pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini, sebanyak 7,000 unit sudah dibangunkan di seluruh kawasan daripada 13,750 unit yang diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Semua pembangunan dan kemajuan ini bukanlah untuk generasi sekarang tetapi juga untuk generasi seterusnya, justeru kita akan meneruskan kerjasama dengan sektor swasta dalam bersama-sama membawa kemajuan kepada rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit, Pengarah Urusan Total Reliability Sdn Bhd Datuk William Wei dan tetamu kehormat lain.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites