Nuffnang

Monday, June 27, 2011

Abang Johari Tidak Sokong Bersih 2.0!!!

Kebebasan memang perlu ada batas.  Begitulah yang cuba disampaikan oleh Abang Johari.  Sebagaimana sebuah keluarga yang memiliki peraturan begitulah juga sebuah negara.  Anak yang diberi kebebasan tanpa had akan membawa padah kepada keluarga tersebut!!  Erti kebebasan hendaklah difahami berdasarkan agama, budaya dan adat resam.  

Perlembagaan Malaysia sudah jelas bersih daripada segala tipu muslihat dan anasir jahat.  Ditambah lagi dengan Rukunegara yang sedia ada maka rakyat Malaysia hendaklah bersyukur di atas kebebasan dan keamanan dalam politik negara yang stabil.  Semoga himpunan Bersih yang mengandungi agenda tersembunyi tidak diteruskan demi keamanan negara yang tercinta!!


Kebebasan perlu ada batas atau berdepan kesan negatif

Posted on Utusan Borneo June 27, 2011, Monday

KUCHING: Kebebasan mutlak adalah sesuatu yang tidak wujud kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Katanya, kebebasan perlu ada hadnya dan kebebasan mutlak hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap negara. “Kebebasan mutlak adalah sesuatu yang tidak wujud… kalau kita lihat dalam sebuah keluarga pun perlu ada peraturan.

“Anda tidak boleh memberi kebebasan mutlak kepada anak anda… kalau tidak mereka akan rosak.

“Begitu juga dalam membangunkan negara… kita perlu ada undang-undang dan Rukun Negara adalah tiang melalui kedaulatan undang- undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Karnival Perpaduan Rukun Tetangga 2011 sempena Minggu Perpaduan, di sini semalam.

Sementara itu, ditanya berkenaan penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), beliau enggan mengulas lanjut dan hanya berkata: “Semua orang tahu bahawa mereka mempunyai agenda tersembunyi.”

Tambahnya, sistem pilihan raya di Malaysia adalah baik dan tiada sebarang kelemahan. “Sistem pilihan raya kita dipantau oleh negara-negara Kommanwel… mereka telah melihat sistem (pilihan raya) kita dan sistem kita adalah baik dan tiada kelemahan.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata bahawa kebebasan negara kita dilihat dari kaca mata orang luar yang mempunyai budaya serta definisi kebebasan yang berbeza.

“Di Amerika, satu undang-undang baru yang baru minggu lepas diluluskan yang membenarkan perkahwinan sejenis di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki. “Mereka mempunyai budaya yang berbeza dan inilah yang mereka katakan sebagai kebebasan,” katanya.

Dalam pada itu, antara aktiviti yang dianjurkan pada karnival tersebut ialah pertandingan sukaneka bersama jiran usia emas, pertandingan mewarna bersama tunas jiran dan pertandingan memasak bersama jiran wanita.

Beliau turut memuji usaha pihak Rukun Tetangga dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara menganjurkan karnival tersebut dalam usaha menjaga perpaduan masyarakat.

Hadir sama wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara Hilman Jack Usli dan Pengerusi Rukun Tetangga Muhibah Ramli Yaman.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites