Nuffnang

Saturday, June 25, 2011

Beli Rumah Tanpa Slip Gaji??

Kerajaan akan membantu rakyat untuk memiliki rumah kos rendah.  Bukan itu sahaja kerajaan akan menyediakan kemudahan bagi memastikan rakyat akan mendapat bantuan pinjaman untuk memiliki rumah pertama mereka selaras dengan skim yang dianjurkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.  

Hal ini dinyatakan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari setelah mempengerusikan mesyuarat bersama organisasi bank di Kuching.  Abang Johari yang merupakan ADUN Satok juga memastikan bank-bank di dalam Satok agar tidak menolak permohonan pinjaman perumahan daripada rakyat.  Kerajaan akan menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit bagi memudahkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu mengemukakan slip gaji sekalipun

Abang Johari juga mengingatkan agar orang ramai akan berbelanja mengikut kemampuan dan sentiasa berhemah dalam memilih pelaburan atau membeli barangan yang tidak perlu!!

Semoga orang ramai akan mengambil peluang ini untuk memiliki rumah pertama mereka dengan hati yang senang!!
SIDANG MEDIA: Abang Johari (kanan) bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama organisasi bank di Kuching, semalam.
Tak perlu penyata gaji: Abg Jo

by Agnes Tugong. Posted on June 24, 2011, Friday

Kerajaan akan tubuh Syarikat Jaminan Kredit untuk bantu mudahkan pinjaman perumahan

KUCHING: Kerajaan negeri akan menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit bagi membolehkan permohonan pinjaman perumahan dilakukan tanpa perlu mengemukakan penyata gaji.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata di bawah syarikat itu kelak, bank-bank berkaitan akan meluluskan pinjaman walaupun tidak ada penyata gaji.

Katanya beberapa organisasi bank telah dikenal pasti bersedia menyertai syarikat ini antaranya, Bank Islam, Alliance Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), RHB Bank, Hong Leong Bank serta EON Bank.

“Kerajaan pusat telah bersetuju untuk memberi bantuan bagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMR) di negeri ini khususnya di kawasan Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri.

“Melalui Syarikat Jaminan Kredit, ia bukan sahaja membolehkan lebih ramai rakyat mendapatkan pinjaman perumahan sekali gus menyelesai-kan masalah setinggan dalam bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama organisasi-organisasi bank berhubung kait dengan pinjaman perumahan di Tingkat 3, Kompleks DUN Baru di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Muda Perumahan Abdul Wahab Aziz serta wakil-wakil daripada organisasi bank yang terlibat.

Mengulas mengenai mesyuarat tersebut Abang Johari berkata, ia berhubung kait dengan hal pinjaman rumah membabitkan permohonan ke atas rumah kos rendah yang ditolak oleh pihak bank.

Menurutnya, mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti sebab utama permohonan ditolak sehingga gagal mendapatkan pinjaman perumahan melibatkan rumah kos rendah yang ditawarkan oleh kerajaan.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, didapati bahawa sebab utama pinjaman ditolak adalah disebabkan jumlah pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar balik pinjaman.

Menurut Abang Johari, setiap masyarakat perlu memberikan keutamaan kepada keperluan rumah terlebih dahulu iaitu kira-kira satu pertiga daripada pendapatan bagi membolehkan permohonan pinjaman diterima.

Justeru katanya, masyarakat dinasihatkan supaya berhati-hati, berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah dengan memberi keutamaan kepada perkara yang mustahak dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites