Nuffnang

Thursday, June 23, 2011

Dakwaan Ke Atas Taib Adalah Fitnah!! - Abang Johari

Satok menjadi riuh setiap jam 8 malam menunggu berita mengenai Ketua Menteri Sarawak.  Beliau telah difitnah rasuah oleh Sarawakreport.org dan BMF sebelum pilihan raya DUN Sarawak.   Menurut Sarawakreport.org kononnya Ketua Menteri memiliki akaun sulit Swiss Bank akibat daripada pembalakan di Sarawak!!!??  BMF juga kononnya melaporkan bahawa aset dan harta Ketua Menteri telah dibekukan oleh kerajaan Switzerland!!!??

Semalam beliau telah menafikan dakwaan rasuah dan menjelaskan kedudukan kewangan beliau baru-baru ini.   Beliau juga mengaku tidak memiliki akaun bank sulit di Switzerland seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang!!  Semua yang mendengar dan mengikuti berita ini berasa kagum dengan keberanian dan keluhuran pemimpin dari anak jati Sarawak ini! 

Semua ini memang berunsur permainan kotor politik pihak pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.   Namun berkat kesabaran dan ketabahan beliau maka beliau berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian dan semua parti komponen PBB juga menjulang kejayaan yang tinggi.  Nampaklah PBB dan Barisan Nasional sentiasa berada di hati rakyat.  Semoga perjuangan mengharungi transformasi pembangunan giat berjalan di seluruh negara lebih-lebih lagi di Sarawak ini. 


Penjelasan Taib di DUN cara terbaik, kata menteri

Posted on Utusan Borneo  June 23, 2011, Thursday

KUCHING: Penjelasan menerusi persidangan Dewan Undangan Negeri berhubung dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud oleh Tabung Bruno Manser (BMF) merupakan cara terbaik untuk membersihkan imej beliau dan Kerajaan Negeri.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Masing berkata, penjelasan itu dijangka mampu memadamkan anggapan orang ramai terhadap Taib yang dikaitkan dengan rasuah hasil balak negeri ini.

Masing berkata, tindakan tersebut juga mencerminkan ketelusan amalan tadbir urus kerajaan negeri yang sering dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Beritahu situasi sebenar agar orang tidak meragui anda dan langkah berani (menjawab dakwaan) yang diambil oleh Ketua Menteri adalah sangat wajar dan itu sememangnya yang saya jangkakan dari pemimpin kita,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) sesi pagi, semalam.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata, tindakan itu juga perlu dicontohi dan dijadikan teladan oleh pemimpin-pemimpin lain.

Ditanya sama ada ia memadai untuk meyakinkan orang ramai, beliau menjawab: “Orang ramai mempunyai penghakiman tersendiri, bukan berdasarkan undang-undang tetapi lebih kepada emosi namun saya pasti orang ramai tidak akan meragui kerajaan,” katanya.

Manakala Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh pula memberitahu, penjelasan yang dibuat oleh Ketua Menteri itu akan memulihkan kembali imej kerajaan negeri yang tercemar sebelum ini.

“Dakwaan itu yang disiarkan oleh akhbar bukan sahaja mencemarkan nama KM tetapi juga nama kerajaan negeri Sarawak dan justeru, penting untuk KM membuat kenyataan untuk memperjelaskan keadaan serta membersihkan namanya.

“Saya rasa ia merupakan perkara terbaik untuk dilakukan kerana ia direkodkan secara baik dan diketahui dunia,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pula berkata, kenyataan tersebut amat jelas dan telus bagi menjawab dakwaan yang dilemparkan.

“Ketua Menteri kita telah memberikan kenyataan begitu jelas dan itu maknanya kerajaan kita telus dan dakwaan itu berlandaskan kepada fitnah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites