Nuffnang

Saturday, June 11, 2011

Tangani kemiskinan bandar

by Adib Othman. Posted on Utusan Borneo June 11, 2011, Saturday

NGO perlu main peranan, golongan miskin bandar harus bijak berbelanja: Abang Johari

KUCHING: Golongan miskin bandar harus bijak mengatur perbelanjaan bagi memastikan mereka dapat hidup dengan selesa di bandar yang serba-serbinya memerlukan wang, kata  Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Sehubungan itu, beliau turut menyarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar memainkan peranan dalam membantu mengatasi masalah kemiskinan bandar dengan memberi khidmat kaunseling kepada golongan miskin bandar tentang pengurusan perbelanjaan yang berhemah.
“RM 1,200 untuk keluarga di bandar adalah berbeza dengan RM 1,200 untuk penduduk di luar bandar.
“Di luar bandar penduduk sekurang-kurangnya dapat bercucuk tanam tetapi di bandar nak tanam apa?,” kata Abang Johari.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar di sini, semalam.  

Menurutnya, kemiskinan bandar adalah untuk sebuah keluarga yang berpendapatan RM1,200 sebulan ke bawah.  Katanya, dengan jumlah sebanyak itu, adalah agak sukar untuk sebuah keluarga untuk hidup di kawasan bandar disebabkan keperluan yang berlainan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada masyarakat supaya berbelanja berhemah dan mengatur perbelanjaan secara berhati-hati.

Katanya NGO boleh memainkan peranan dengan memberi khidmat kaunseling kepada golongan miskin bandar yang kebanyakannya merupakan masyarakat luar bandar yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.

“Untuk bahagian saya yang bertanggungjawab dengan pembangunan bandar, pihak kami bekerja rapat dengan persatuan-persatuan yang berhubung kait dengan kebajikan untuk masyarakat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa kemudahan pengangkutan awam di negeri ini perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan beban kos pengangkutan penduduk bandar.

“Masalah kemiskinan bandar dapat diatasi sekiranya kita mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

“Orang ramai tidak perlu membayar kos terlalu tinggi untuk minyak, penyelenggaraan kereta dan tempat letak kereta.

“Sekiranya kemudahan pengangkutan awam kita cekap, saya yakin orang ramai akan menggunakannya untuk menjimatkan kos,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari menyerahkan geran MRP yang berjumlah RM230,000 kepada 14 persatuan

1 comments:

Gaji di bandar ni RM2000 pun tak cukup lagi kalau untuk orang bujang. Apatah lagi orang yang dah berkeluarga? Jawabnya laki binilah kena kerja.

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites