Nuffnang

Thursday, January 31, 2013

PBB yakin terus cemerlang dalam PRU13

by Agnes Tugong.  Utusan Borneo SIDANG MEDIA: Abang Johari bercakap kepada pemberita di Kuching semalam.Parti yakin sapu bersih semua 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan pada PRU13KUCHING (28 Jan): Parti Pe­saka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yakin menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.Keyakinan tersebut din­yatakan oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ketika ditemui pem­berita selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini semalam.Menurut Abang Johari, kesemua jentera pilihan raya telah diarah bersiap...

Cubaan lagakan pemimpin PBB

by Eswandy Hinri. Utusan Borneo Laporan portal Sarawak Report mengenai plot gulingkan Ketua Menteri tidak berasas dan ‘nakal’, sengaja diadakan pihak tertentu: Abang JohariKUCHING (24 Jan): Laporan portal Sarawak Report mengenai plot untuk menggulingkan Ketua Menteri Sarawak adalah tidak berasas dan ‘nakal’, yang sengaja diada-kan oleh pihak tertentu bagi melaga-lagakan pemimpin serta ahli Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB).Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata spekulasi liar tersebut merupakan permainan biasa dalam arena politik yang perlu dihadapi termasuk beliau sendiri, terutama menjelang pilihan...

PBB Satok umum jentera pilihan raya, yakin akan kekalkan kerusi Petra Jaya

Utusan Borneo KUCHING (24 Jan): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok mengumumkan penubuhan jentera pilihan rayanya serta yakin akan mengekalkan kerusi Parlimen Petra Jaya dengan sokongan padu ahli dan penyokongnya.Menurut Ketua Cawangan PBB Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, sebagai sebahagian daripada kawasan Parlimen Petra Jaya jenteranya sudah siap bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat.“Kami telah melantik Datuk Daud Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya bagi kawasan Parlimen Petra Jaya sambil dibantu oleh Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai...

Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Kerajaan Persekutuan - Abang Johari

KUCHING, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan. "Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana...

Pengundi Di Petra Jaya Diminta Tidak Terpengaruh Isu Luar - Abang Johari

KUCHING, 23 Jan (Bernama) -- Pengundi di kawasan Parlimen Petra Jaya, di sini dinasihatkan tidak terpengaruh dengan isu luar kawasan yang akan dimainkan pembangkang bagi mengalih pandangan mereka kepada pembangunan yang dijalankan kerajaan sedia ada di kawasan tersebut. Timbalan Presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata isu seperti perhimpunan Bersih dijangka akan digunakan, namun percaya isu tersebut tidak relevan dengan pembangunan yang dibawa pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan itu. "Mereka akan mengimport isu luar dan berharap rakyat di Petra Jaya percaya...

Saberkas Rancang Pewujudan Makmal Berteknologi Tinggi Di Samarahan

KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) akan mewujudkan sebuah makmal yang juga pusat latihan di kawasan Paloh di Bahagian Samarahan sebagai platform untuk melatih anggotanya menjadi usahawan pertanian moden. Presiden Saberkas Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Jumaat berkata pusat itu dijangka siap menjelang Oktober tahun ini untuk melatih anggota terpilih dari organisasi dalam bidang hidroponik dan bioteknologi. "Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri secara dasarnya meluluskan peruntukan RM9 juta untuk menubuhkan kemudahan makmal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan...

Hanya Najib Boleh Umum Senarai Akhir Calon Parti PBB - Abang Johari

KUCHING, 27 Jan (Bernama) -- Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan mempertahankan kesemua 14 kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga berkata persoalan sama ada ahli Parlimen dari parti itu akan dikekalkan atau berpindah kawasan juga hanya akan diumumkan oleh Najib. Pada PRU ke-12 pada 2008, PBB memenangi kesemua kerusi di 14 kawasan Parlimen iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan,...

Pages 381234 »

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites