Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga berkata
persoalan sama ada ahli Parlimen dari parti itu akan dikekalkan atau
berpindah kawasan juga hanya akan diumumkan oleh Najib.
Pada PRU ke-12 pada 2008, PBB memenangi kesemua kerusi di 14 kawasan
Parlimen iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang
Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti,
Limbang dan Lawas.
"Saya tidak boleh mengesahkan sama ada penyandang kerusi Parlimen dari
PBB akan terus menjaga kawasan masing-masing...hanya tunggu pengumuman
Najib merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya kepada
pemberita selepas mesyuarat dengan sebahagian daripada 14 ahli Parlimen
tersebut di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, di sini.
Mesyuarat lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga presiden parti berkenaan.
-- BERNAMA
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment