Nuffnang

Monday, May 27, 2013

Makmal Khas Mengkaji BN?

Bakal wujud makmal untuk mengkaji BN dari udut penggabungan parti-parti komponen.  Semua hasil kajian kelak akan menjadi garis panduan untuk mencari keserasian dari segi gabungan kelak. Kajian mendalam perlu sebelum penggabungan parti-parti komponen BN Posted on May 27, 2013, Monday KUCHING: Kajian secara lebih mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya penggabungan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal direalisasikan. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari berkata bukan mudah untuk merealisasikan perkara itu dan ia sudah pasti akan mengambil masa...

Kuching Kalahkan Prague Anjur ICCA 2016

Kuching akan menjadi tuan ruman sebagai penganjur ICCA 2016, Berita gembira ini diumumkan oleh Menteri Pelancongan,  Ini adalah usaha untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).  Semoga Sarawak berjaya menjadi tumpuan di mata dunia. Sarawak menangi bidaan anjur ICCA pada 2016 Posted on May 27, 2013, Monday KUCHING: Sarawak memenangi bidaan untuk menganjurkan Persidangan dan Konvensyen Persatuan Antarabangsa (ICCA) pada tahun 2016. Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kejayaan menjadi hos persidangan bertaraf dunia menyaksikan negeri...

Jangan Cemarkan Keindahan Gunung Santubong

Pendaki gunung Santubong diingatkan agar berdisiplin dan mengamalkan kebersihan.  Jangan lupa untuk membawa sampah yang dibawa kembali ke kaki gunung.  Ini demi menjaga kebersihan tempat pendakian yang unggul di Sarawak. Abg Jo kesal pendaki kotorkan Gunung Santubong Posted on May 27, 2013, Monday KUCHING: Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg kesal dengan sikap segelintir pendaki yang mengambil sikap sambil lewa terhadap aspek kebersihan Gunung Santubong. Beliau berkata banyak bekas makanan dan botol minuman ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian gunung tersebut. “Ini kerana kita dapati mereka...

Monday, May 13, 2013

Tingkatkan Ilmu BAHARU DALAM JKNS

Warga JKNS digalakkan untuk meningkatkan ilmu baharu demi kemajuan ilmu perubatan di Sarawak.  Beliau juga menasihatkan agar pendekatan pro aktif diutamakan dalam menangani penularan penyakit. Semoga lebih banyak penemuan saintifik dapat dipelopori oleh warga JKNS kita. Terokai ilmu-ilmu baharu, kata Abang Johari by Mastura Ismail. Posted on May 13, 2013, Monday Saranan kepada warga JKNS untuk tingkat perkhidmatan, tangani penularan penyakit LIMBANG: Warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) disaran menerokai ilmu-ilmu baharu bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan serta bersedia menghadapi cabaran menangani...

Sunday, May 12, 2013

Lebih Ramai Menteri dari Sabah dan sarawak

Sememangnya PM patut mempertimbangkan lebih ramai barisan kabinet menteri dari Sarawak kerana pencapaian yang cemerlang dalam PRU13 yang lalu.  Sungguhpun demikian, keputusan muktamad adalah di tangan PM dan hanya beliau yang tahu siapa patut berada dalam kabinet beliau. Semoga lebih ramai wakil dari Sarawak menjadi pilihan beliau… Yakin mampu barisi Kabinet Malaysia by Agnes Tugong. Utusan Borneo 11 Mei, 2013, Sabtu KUCHING: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menafikan keupayaannya untuk dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet Malaysia baharu yang bakal dibentuk kelak. Berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Santubong...

Pages 381234 »

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites