Nuffnang

Sunday, May 12, 2013

Lebih Ramai Menteri dari Sabah dan sarawak

Sememangnya PM patut mempertimbangkan lebih ramai barisan kabinet menteri dari Sarawak kerana pencapaian yang cemerlang dalam PRU13 yang lalu.  Sungguhpun demikian, keputusan muktamad adalah di tangan PM dan hanya beliau yang tahu siapa patut berada dalam kabinet beliau.

Semoga lebih ramai wakil dari Sarawak menjadi pilihan beliau…

Yakin mampu barisi Kabinet Malaysia

by Agnes Tugong. Utusan Borneo 11 Mei, 2013, Sabtu

KUCHING: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menafikan keupayaannya untuk dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet Malaysia baharu yang bakal dibentuk kelak.

Berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Santubong dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, Wan Junaidi berkata beliau telah mempersiapkan dirinya untuk apa jua jawatan.

“Saya tidak menafikan keupayaan saya untuk dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Malaysia dan saya cukup yakin diri saya sendiri jika dipertanggungjawabkan dalam mana-mana kementerian.

“Saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini dan selepas kejayaan saya pada PRU13 yang lalu ditambah dengan pengalaman sebagai antara pemimpin kanan, saya yakin saya mampu memikul tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam sebelum mempengerusikan Mesyuarat Bersama Belia Kampung Bintawa dan Majlis Pembangunan Pertanian (MPP).

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Wan Junaidi berkata, agenda pertama ialah untuk membincangkan permohonan belia Kampung Bintawa untuk membina sebuah padang bola sepak dan futsal di kampung berkenaan.

Manakala agenda kedua ialah membincangkan aduan yang diterima dari dua buah kampung berhubung kerja-kerja membaik pulih rumah nelayan di kawasan Santubong.

Menurut Wan Junaidi, MPP menerusi peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membaik pulih sebanyak 670 buah rumah nelayan di tiga kawasan iaitu Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut melibatkan kos perbelanjaan berjumlah lebih RM7 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi turut memberitahu kerajaan merancang membangunkan perumahan nelayan di persisiran Sungai Cina, Sempadi bagi menempatkan golongan nelayan secara berkelompok.

Projek pertama seumpamanya di Malaysia itu akan menelan kos RM40,000 seunit dan menerima kira-kira 250 permohonan daripada golongan nelayan berpendapatan rendah.

“Persoalannya kini ialah sama ada ia akan dibina di lokasi-lokasi tertentu ataupun di atas sebidang tanah yang mana akan kita bangunkan secara berkelompok.

“Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah bersetuju dengan perkara ini dan akan berbincang bersama Ketua Menteri untuk meluluskan sebidang tanah yang akan digunakan bagi tujuan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites