Nuffnang

Monday, May 27, 2013

Jangan Cemarkan Keindahan Gunung Santubong

Pendaki gunung Santubong diingatkan agar berdisiplin dan mengamalkan kebersihan.  Jangan lupa untuk membawa sampah yang dibawa kembali ke kaki gunung.  Ini demi menjaga kebersihan tempat pendakian yang unggul di Sarawak.

Abg Jo kesal pendaki kotorkan Gunung Santubong

Posted on May 27, 2013, Monday

KUCHING: Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg kesal dengan sikap segelintir pendaki yang mengambil sikap sambil lewa terhadap aspek kebersihan Gunung Santubong.

Beliau berkata banyak bekas makanan dan botol minuman ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian gunung tersebut.

“Ini kerana kita dapati mereka (pendaki) yang mendaki gunung ini hingga ke puncak meninggalkan bekas makanan dan minuman.

“Sepatutnya pendaki menyediakan tempat khas bagi membolehkan sampah, bekas makanan dan minuman dibuang dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen 1Malaysia Bersih dan Indah semalam.

UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Radiah bergambar bersama tetamu kehormat lain sambil memegang kain rentang Kempen 1Malaysia Bersih dan Indah 2013.

Menurutnya, kesedaran menjaga kebersihan gunung tersebut yang merupakan tarikan pelancong sepatutnya dipertingkatkan.

“Kita perlu ada budaya untuk menjaga kebersihan gunung ini.

“Kesedaran menjaga kebersihan gunung ini masih berkurangan,” ujarnya.

Selain itu tegasnya, kebersihan kawasan pantai juga harus diberi keutamaan agar keindahan alam semula jadi di negeri ini dapat dipertahankan.

“Kita ada kawasan pantai cantik seperti Pasir Panjang dan Pasir Pandak…  ini merupakan pilihan terbaik untuk beriadah pada hujung minggu,” jelasnya.

Mengenai Kempen 1Malaysia Bersih dan Indah, Abang Johari berkata, ia adalah usaha untuk mempromosikan khazanah alam semula jadi.

“Kita mahu kongsikan khazanah alam semula jadi yang ada di negeri ini dengan pelancong.

“Jadi kempen ini amat sesuai dengan usaha kita mempromosikan khazanah alam semula jadi,” kata Abang Johari.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Datu Ik Pahon Joyik, Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sarawak Radiah Muhamad dan Pengarah Tourism Malaysia Sarawak Salahuddin Mohd Ariffin.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites