Nuffnang

Monday, May 27, 2013

Kuching Kalahkan Prague Anjur ICCA 2016

Kuching akan menjadi tuan ruman sebagai penganjur ICCA 2016, Berita gembira ini diumumkan oleh Menteri Pelancongan, 

Ini adalah usaha untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).  Semoga Sarawak berjaya menjadi tumpuan di mata dunia.

Sarawak menangi bidaan anjur ICCA pada 2016

Posted on May 27, 2013, Monday

image

KUCHING: Sarawak memenangi bidaan untuk menganjurkan Persidangan dan Konvensyen Persatuan Antarabangsa (ICCA) pada tahun 2016.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kejayaan menjadi hos persidangan bertaraf dunia menyaksikan negeri ini mengalahkan Prague.

Menurutnya, pada tahun ini konvensyen itu berlangsung di Amerika Latin.

“Kita telah memenangi bidaan untuk menjadikan Kuching sebagai tuan rumah ICCA pada tahun 2016.

“Kita mengalahkan bandar besar di Eropah (Prague),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen ‘1Malaysia Green 1Malaysia Clean’ semalam.

Beliau berkata, persidangan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu nanti menyaksikan Sarawak menjadi tumpuan dunia.

Tambahnya, usaha mempromosikan Sarawak sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) sudah menampakkan kejayaan.

“Kita nampaknya berjaya dari segi promosi terutama dengan pengenalan MICE,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari menjelaskan bahawa tiga bulan pertama tahun ini menyaksikan bilangan pelancong ke Sarawak meningkat lebih kurang lima peratus berbanding tempoh sama 2012.

“Saya tiada angka sebenar namun apa yang pasti ia (bilangan pelancong) meningkat lima peratus terutama di kalangan pelancong asing,” jelasnya.

Menurutnya, sehingga penghujung tahun ini bilangan pelancong ke negeri ini mampu mencecah 4.5 juta.

“Saya tidak mahu menetapkan sasaran terlalu tinggi.

“Mungkin boleh melebihi 4 juta sekiranya penerbangan ke negeri ini tidak mengalami sebarang masalah,” kata Abang Johari.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites