Nuffnang

Monday, May 27, 2013

Makmal Khas Mengkaji BN?

Bakal wujud makmal untuk mengkaji BN dari udut penggabungan parti-parti komponen.  Semua hasil kajian kelak akan menjadi garis panduan untuk mencari keserasian dari segi gabungan kelak.

Kajian mendalam perlu sebelum penggabungan parti-parti komponen BN

Posted on May 27, 2013, Monday

image

KUCHING: Kajian secara lebih mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya penggabungan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal direalisasikan.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari berkata bukan mudah untuk merealisasikan perkara itu dan ia sudah pasti akan mengambil masa yang panjang.

Menurutnya, ini kerana usaha menubuhkan sebuah pasukan (parti tunggal) harus juga mengambil kira perasaan semua peringkat.

“Perkara ini saya fikir akan mengambil masa yang agak panjang kerana kita (BN) hendak menubuhkan satu pasukan.

“Kebiasaannya apabila menubuhkan pasukan, kita mesti mengambil kira perasaan semua pihak dan harus praktikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen ‘1Malaysia Green 1Malaysia Clean’ semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemangku Presiden GERAKAN Datuk Chang Ko Youn supaya BN dijadikan parti tunggal untuk masa depan gabungan itu dan menarik orang muda.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan menjelaskan, cadangan seumpama itu memang sudah ditimbulkan dan setiap tindakan yang akan diambil perlu disertakan dengan kajian.

“Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan kajian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum cadangan ini dilaksanakan,” ujarnya.

Selain itu menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan supaya makmal khas diwujudkan bagi mengkaji perkara itu daripada semua sudut.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites