Nuffnang

Friday, April 8, 2011

Jaminan Barisan Nasional Bukan Sekadar Janji Manis

Manifesto Barisan Nasional begitu ringkas dan padat dan merangkumi semua aspek selaras dengan politik pembangunan. 

Sekiranya intipati diteliti maka jaminan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional umpama wasiat yang akan memastikan penyokong Barisan Nasional akan mendapat perolehan dan pulangan yang baik sekiranya melabur dengan kerajaan Barisan Nasional. 

Kita secara tidak sedar sedang menikmati hasil pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.  Pemimpin Barisan Nasional sangat peka dan sensitif terhadap rakyat dan sentiasa mendengar masalah mereka.  Hasil daripada inilah manifesto telah direka dan dibuahkan agar lebih memihak kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan!!!

Sekiranya berpeluang silalah berkunjung ke Bilik Gerakan di semua ranting untuk mengetahui dengan lebih teliti mengenai Manifesto BN Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN.  
Manifesto BN ringkas, padat

by Andy Sabang. Posted on Utusan Borneo April 8, 2011, Friday

Elemen yang terkandung adalah teras perancangan memacu kemajuan negeri ini: Taib

LANCAR: Taib bersama (dari kiri) Awang Bemee, Fatimah, Masing, Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapaee ketika melancarkan manifesto BN di Sibu, semalam.
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) ringkas tetapi padat dengan kandungan mesej yang jelas kepada rakyat.

Katanya, elemen yang terkandung dalam manifesto berkenaan adalah teras kepada perancangan kerajaan dalam usaha memacu negeri ini ke arah pembangunan yang lebih maju.

“Mesej yang disampaikan menerusi manifesto ini ringkas tetapi mengandungi mesej yang jelas bagi menjamin masa depan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan manifesto BN semalam.

Majlis pelancarannya telah diadakan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) yang terletak di Jalan Jasmin di sini.

Menurut Taib, kerajaan mempunyai rekod baik sejak diberi mandat memerintah negeri dan ia tidak dapat ditandingi mana-mana parti politik di negara ini.

Hadir sama pada majlis pelancarannya ialah, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Dr Annuar Rapaee, calon BN DUN Dalat Datin Fatimah Abdullah, calon BN DUN Baleh Dato Sri James Masing dan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Dalam pada itu Fatimah memberitahu bahawa manifesto BN kali ini sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di negeri ini.

“Antara yang digariskan menerusi manifesto ini ialah… pada baris kelima iaitu menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

“Ini amat penting dalam usaha menggerakkan negeri menuju ke tahap yang lebih maju dan sebab itu setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang cukup besar bagi memajukan sektor pendidikan,” ujar beliau.

Bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat kerana negeri ini cukup luas untuk ditadbir.

Katanya, antara usaha kerajaan memajukan bidang pendidikan ialah menaik taraf bangunan serta kemudahan sekolah yang daif di seluruh negeri.

Manifesto setebal 30 muka surat itu menyenaraikan sembilan elemen yang menjadi teras kepada perjuangan BN pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Antaranya:
  1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
  2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
  3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
  4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
  5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
  6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
  7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
  8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
  9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites