Nuffnang

Tuesday, April 19, 2011

Abang Johari Mengangkat Sumpah dalam Kabinet Negeri Sarawak


Semalam berlangsung upacara mengangkat sumpah bagi lapan orang menteri dalam kabinet negeri Sarawak.  Mereka ini masih berjaya mengekalkan perkhidmatan sebagai Yang Berhormat dalam kabinet negeri Sarawak.  

Upacara mengangkat sumpah ini di ketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, diikuti oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing sebagai Menteri Kemajuan Tanah. Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah. 

Semoga Pelan Transformasi Ekonomi akan berjalan dengan penuh lancar di bawah penggal ke-10 pentadbiran kerajaan Barisan Nasional Sarawak.  Tahniah kepada menteri yang kekal menyandang kerusi mereka walaupun sengit menangkis serangan daripada tohmahan dan fitnah pihak lawan!!
Lapan menteri angkat sumpah sebagai ahli kabinet negeri

Posted on April 19, 2011, Tuesday

KUCHING: Lapan menteri mengangkat sumpah sebagai ahli kabinet negeri yang baru selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberikan mandat membentuk kerajaan negeri.

Kesemua mereka yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Dewan Lapau Bangunan Dewan Undangan Negeri baru di sini semalam, kekal memegang portfolio lama sebelum Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan tidak dilantik semula berikutan kekalahan beliau di kerusi DUN Piasau.

Mengetuai upacara tersebut ialah Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. 

Sejurus itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Kemajuan Tanah diikuti Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.

Turut mengangkat sumpah, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Majlis disaksikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Taib yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabtu lepas setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites