Nuffnang

Friday, April 1, 2011

Abang Johari Sokong Piagam Madinah!!

Sejarah telah mengajar kita erti kehidupan.  Sejarah juga banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada kita sebelum berbuat sesuatu.  Islam juga tidak kurangnya melengkapkan kehidupan kita.  Cerita dan sejarah memang dapat diambil pengajaran untuk kehidupan harian.  

Abang Johari semalam menghadiri Forum Perdana sempena Sejiwa Senada.  Beliau menegaskan bahawa Piagam Madinah adalah model yang berjaya diterima oleh semua lapisan agama suatu ketika dulu di Tanah Arab.  Walaupun Islam adalah agama yang mempunyai penganut yang sedikit berbanding agama lain, namun pemimpin Islam yang adil masih diterima masyarakat.  

Abang Johari juga menyatakan bahawa Sejiwa Senada adalah program yang mengikut tuntutan agama.  Selain daripada menjaga hubungan sesama manusia kita hendaklah menjaga hubungan yang senada dengan Tuhan.   

Sejiwa Senada berlangsung sehingga 3 Mac 2011 di Taman Sukma.  Datanglah ke sana untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan mengenali institusi kerajaan yang sedia ada untuk memudahkan rakyat.
Kepimpinan adil pasti diterima

by Adib Othman. Posted on April 2, 2011, Saturday



SEJIWA SENADA: Abang Johari (tengah) ketika menghadiri Forum Perdana malam kelmarin. Turut kelihatan adalah Jumaini (dua kanan), Atei (dua kiri) dan Sharifah Hasidah (kanan).

Piagam Madinah sebagai model untuk mentadbir negeri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Abang Johari


KUCHING: Pemimpin Islam di negeri ini perlu menjadikan Piagam Madinah sebagai model untuk mentadbir negeri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.


Katanya, disebabkan corak kepimpinan Rasulullah SAW yang adil dan saksama ketika itu, masyarakat Islam dan bukan Islam dapat hidup secara harmonis.

“Islam menuntut corak pemerintahan dan urus tadbir negeri yang adil.

“Seperti kita lihat Piagam Madinah semasa pemerintahan Rasulullah SAW yang patut kita jadikan model di mana masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam dapat hidup dalam suasana harmoni disebabkan kepimpinan yang adil dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Perdana Sejiwa Senada malam kelmarin sempena Program Sejiwa Senada yang berlangsung di Taman Sukma bermula 31 Mac dan 3 April.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Ketua Penolong Mufti Sarawak Ustaz Mual Suaud dan terdiri daripada tiga ahli panel iaitu Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dan Dr Robiah K Hamzah.

Menurutnya juga, setakat ini kepimpinan pemimpin Islam di negeri ini diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

“Walaupun jumlah masyarakat Islam di negeri ini tidak ramai, kepimpinan pemimpin Islam dapat diterima oleh semua masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam disebabkan sistem pemerintahan yang adil,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai inti pati Sejiwa Senada, Abang Johari berkata, ia merupakan tiang untuk urus tadbir negeri yang baik.

Katanya, Sejiwa Senada bukan sahaja berkenaan hubungan sesama manusia tetapi yang lebih penting adalah hubungan dengan Tuhan.

“Sejiwa Senada adalah selari dengan tuntutan agama Islam terutama daripada segi urus tadbir negeri dan ia bukan sahaja melibatkan hubungan di antara sesama manusia tetapi hubungan manusia dengan Tuhan yang perlu senada,” katanya.

Hadir sama semalam adalah isteri Abang Johari Datin Amar Jumaini Tuanku Bujang, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Mohd Atei Abang Medaan dan penyandang kerusi Dewan Undangan negeri Semariang Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites