Nuffnang

Monday, May 2, 2011

Golongan Muda Tidak Cenderung Kepada Pembangkang - Abang Johari

Keputusan pilihanraya Sarawak penggal ke-10 telah membuktikan tidak semua golongan muda cenderung kepada pembangkang.  Mungkin cuma segelintir yang mahu menunjukkan sikap memberontak mereka untuk mengundi pembangkang.  Tapi pada kseluruhan undi golongan muda semuanya lebih matang dan lebih bijaksana.  

Golongan muda inilah yang akan menentukan hala tuju politik dengan giatnya penyertaan mereka dalam politik negeri mahupun negara.  Mereka ini diharap tidak mudah cenderung ke arah politik pembangkang yang penuh dengan tipu muslihat.  Sekiranya perlu, golongan muda ini disarankan untuk mengambil tempat di atas pagar agar mereka senang dan lebih mudah untuk memantau situasi politik tempatan.   Janganlah terikut-ikut budaya pembangkang yang tidak memiliki hala tuju yang nyata!!!

Menurut Timbalan Presiden PBB juga, kerajaan Barisan Nasional Sarawak akan menjalankan usaha pembangunan ke seluruh kawasan di negeri Sarawak.  Ini termasuklah ke bahagian di mana kerajaan BN telah tewas di tangan pembangkang.   Namun ini tidak memberikan kata putus untuk memutuskan usaha pembangunan daripada terus dijalankan.  Begitulah komitednya kerajaan BN Sarawak untuk memastikan semua lapisan penduduk dan semua kawasan di Sarawak dapat menikmati pembangunan di semua daerah.  Kerajaan BN sedar rakyat di setengah kawasan telah ditipu oleh dakyah pembangkang, kerajaan akan memastikan nasib mereka ini akan terbela.   Kerajaan berharap mereka ini akan sedar bahawa menyokong pembangkang tidak akan membawa ke mana cuma penderitaan yang lebih sahaja!!
BN komited bangunkan seluruh Sarawak
by Sandy Mark Luna. Posted on May 3, 2011, Tuesday


KUCHING: Barisan Nasional (BN) komited untuk membangunkan seluruh kawasan di Sarawak, termasuk yang kecundang ke tangan pihak pembangkang.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kemenangan pada pilihan raya baru-baru ini merupakan amanah yang diberikan rakyat kepada kerajaan.


“Walaupun kita (BN) kalah di kawasan-kawasan yang ditandingi SUPP, kita akan tetap bekerja demi masa depan kita bersama, berpaksikan kepada Perlembagaan Malaysia.


“Ini adalah dokumen suci yang kita (kerajaan) harus pegang dalam melaksanakan tugas masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam kesyukuran bersama penduduk di konstituensi Satok, di sini, malam Sabtu lalu.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hashidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni, Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.


Pilihan raya baru-baru ini menyaksikan BN menang di 55 kerusi daripada 71 jumlah keseluruhannya.

PBB menang di semua 35 kerusi yang ditandinginya, SUPP (enam), PRS (lapan) dan SPDP (6).


Abang Johari yang juga ADUN Satok berkata, keputusan pilihan raya baru-baru ini juga membuktikan tidak semua golongan muda cenderung untuk bersama pembangkang.


“Ia turut membuktikan orang muda bersama-sama kita memperjuangkan apa yang dikehendaki di kawasan kita dan juga Sarawak ini.

“Oleh itu, kita harus bekerja gigih dalam memperjuangkan kebajikan semua,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites