Nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

Satok Akan Perkenalkam 'Laluan Sejarah'

Satok akan menjadi pusat pelancongan yang ternama suatu hari kelak.  Ini dengan adanya Laluan Sejarah yang akan mengupas asal-usul setiap bangunan, nama tempat dan latar belakang penuh maksud tersendiri yang unik di sekitar kawasan Kuching.
  
Foto credits: arheimy

Menteri Pelancongan dan Warisan mengumumkan mengenai perlaksanaan Laluan Sejarah ini yang akan menelan belanja sebanyak RM 25 juta.  Ini akan menjadi pemangkin kepada industri yang bergantung kepada aktiviti pelancongan. 

Foto credits: arheimy

Semoga banyak lagi pembangunan dan industri galakkan pelancongan yang akan mewarnakan lagi keindahan tapak warisan budaya serta destinasi baru kepada industri pelancongan ini kelak..  Tidak sia-sialah apabila Abang Johari diberi mandat untuk memajukan sektor pelancongan serta mengekalkan warisan budaya masyarakat di Sarawak. 

Foto credits: Superstock

Sarawak perkenal pelancongan ‘Laluan Sejarah’

by Patricia Gari. Posted on May 11, 2011, Wednesday

Projek memanjangkan Tebingan Kuching dari Lebuh Gambier hingga ke muara Sungai Bintangor

KUCHING: Pengembaraan dan alam semula jadi akan dijadikan jenama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi memasarkan produk pelancongan khususnya ‘Laluan Sejarah’ yang terletak di bandar raya ini.

Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata bagi tujuan itu pendekatan pemasaran harus dikaitkan dengan sejarah dan pengalaman pengembaraan yang bakal dilalui pelancong.

“Kementerian telah mengarahkan STB memulakan pendekatan strategik dalam memasarkan produk pelancongan dengan penjenamaan kita lebih kepada pengembaran dan alam semula jadi.

“Sebab itu kita memperkenalkan ‘Laluan Sejarah’ yang melibatkan beberapa tempat bersejarah di sekitar (bandar raya) Kuching dan pelancong akan berjalan kaki melalui laluan pejalan kaki yang selesa dan melalui tempat-tempat bersejarah ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dan dialog dengan pemain-pemain industri pelancongan di negeri ini yang turut dihadiri kedua-dua Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip dan Mong Dagang, Setiausaha Tetap kementerian itu, Datu Ik Pahon Joyik serta Ketua Pegawai Eksekutif STB, Datuk Rashid Khan dan Pengerusi Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Audry Wan Ulok.

Menjelas lanjut mengenai ‘Laluan Sejarah’ itu, Abang Johari berkata, pelancong akan dijanjikan dengan pengalaman pengembaraan yang hebat sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan warisan sejarah negeri ini.

Beliau berkata, laluan itu membabitkan projek bernilai RM25 juta bermula dengan usaha memanjangkan Tebingan Kuching dari Lebuh Gambier hingga ke muara Sungai Bintangor yang akan membolehkan pelancong menerokai kepelbagaian warisan budaya dan agama di sekitar bandar raya Kuching.

“Di negara maju misalnya seperti di London, pelancong lebih suka berjalan kaki ke semua tempat hingga ke Menara London, begitu juga kita mahu mempromosikan cara pelancongan seperti ini di Kuching,” katanya.

Menurut beliau di Kuching pelancong boleh mula berjalan kaki dari Hotel Grand Margherita kemudian sampai di Main Bazaar, seterusnya Lebuh Pasar, Lebuh Gambier, Masjid India, kemudian Brooke Dockyard dan selepas itu Masjid Bahagian Kuching.

Perjalanan pelancong katanya tidak terhenti di situ sahaja kerana mereka akan ke Sungai Bintangor dan melalui kampung Melayu tradisi sebelum ke Pasar Satok.

“Dari Pasar Satok ke sebelah kanan, pelancong akan ke Muzium negeri seterusnya melalui Gereja Anglika (St Thomas). Kemudian melintasi Taman Budaya dan apabila meneruskan perjalanan pelancong akan sampai ke Gereja Katolik (St Joseph) sebelum balik semula ke hotel. Semua ini mengambil masa sehari,” jelasnya.

Beliau menambah kedudukan bangunan penting seperti gereja, masjid dan tokong Cina yang tidak jauh antara satu sama lain, menjadi senjata penting menangkis elemen keagamaan yang hangat di Semenanjung Malaysia, daripada menular ke Sarawak sehingga menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.

“Orang tahu sejarah Sarawak, kita negeri yang sangat aman begitu juga Malaysia, cuma ada kalanya kecoh sedikit tetapi selepas itu akan kembali tenang…itulah politik.

“Bagi Sarawak kita harus mengekalkan status-quo, sebagai negeri yang aman. Saya percaya apa yang berlaku sekarang di Semenanjung Malaysia tidak akan berlaku di Sarawak melainkan ada pihak yang ‘mengeksportkannya’ ke sini,” ujar beliau lagi.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites