Nuffnang

Friday, May 6, 2011

Sebut Perkara Lain, Buat Perkara Lain - Mong Dagang

PKR pernah disuruh gulung tikar oleh YB Datuk Amar Abang Johari suatu masa dahulu, dan kini DAP telah menunjukkan arah kepada Baru Bian bahawa PKR tidak akan diiktiraf sebagai Ketua Menteri lagi.  

Sepatutnya Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang dan bukan Anwar.  Ini disebabkan oleh DAP banyak menang kerusi berbanding PKR.  Mungkinkah Lim Kit Siang akan meminta kerusi Ketua Pembangkang daripada PKR selepas ini? 
Pelantikan Ho Leng bukti tiada persefahaman

Posted on May 4, 2011, Wednesday

KUCHING: Pelantikan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng sebagai ketua pembangkang menunjukkan tiada persefahaman antara pakatan pembangkang negeri dengan pusat dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga enggan mengulas mengenai penubuhan ‘kabinet bayangan’ oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 1 Mei lalu kerana mengatakan ia tidak selari dengan peringkat persekutuan.

Menurutnya, ketua pembangkang negara juga perlu dari parti DAP sekiranya pemilihan ketua pembangkang berdasarkan jumlah kerusi yang dimiliki parti.

“Sebab itu saya enggan memberi komen. Tetapi saya rasa Lim Kit Siang patut menjadi ketua (pembangkang). Macam mana anda boleh mempunyai dua standard? Parlimen Persekutuan dan DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Ia tidak berpegang pada prinsip. Persetujuan itu tidak diikuti. Mereka kata ia sudah lupus, Baru Bian tidak boleh berada di sana (memegang jawatan).

Jika itu hujah mereka, Anwar (Ibrahim) juga tidak boleh menjadi ketua. Lim Kit Siang harus menjadi ketua pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi DUN, di sini, semalam.

Abang Johari turut mempersoalkan bagaimana seseorang yang tidak terpilih sebagai wakil rakyat boleh dimasukkan ke dalam ‘kabinet’ PR itu.

Pesuruhajaya PAS Adam Ahid yang tewas pada pilihan raya negeri lalu di kerusi Sebuyau, diberi amanah untuk menjaga Hal Ehwal Islam dalam ‘kabinet bayangan’ tersebut.

Sementara itu, Menteri Muda Pelancongan Mong Dagang berkata, pelantikan Wong Ho Leng sebagai ketua pembangkang adalah sesuatu yang mengejutkan.

Sebelum pilihan raya, pakatan pembangkang memberitahu bahawa Baru Bian akan menjadi ketua menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

Tetapi dalam kabinet bayangan, katanya Baru Bian tidak dicerminkan sedemikan, sebagai ketua menteri.

Beliau turut mempersoalkan apa yang bakal terjadi sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih dan adakah mereka akan kekal dengan janji mereka bahawa Baru adalah ketua menteri.

“Mereka sebut perkara lain dan buat perkara lain. Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi parti pembangkang.

“Jadi, ini perkara yang kita boleh renung-renungkan,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites