Nuffnang

Friday, May 13, 2011

SMEsuccess Ukir Senyuman di Bibir Pengusaha PKS


Pengusaha PKS atau Perusahaan Kecil dan Sederhana kini boleh menarik lafas lega dengan adanya program SMEsuccess yang baru dilancarkan oleh SME Factors di Sarawak.

Ini amat penting untuk membantu aliran kewangan bagi menjamin pendapatan dan juga meningkatkan prestasi PKS tempatan.

Untunglah dengan adanya kerajaan Barisan Nasional ini, maka jaminan untuk meningkatkan pendapatan purata rakyat di Sarawak khususnya, akan berjalan dengan lancar selari dengan Pelan Transformasi Ekonomi kerajaan.

Malaysia yang menyasarkan purata pendapatan KDNK sebanyak 6 peratus setiap tahun akan dapat dikecapi dengan adanya SME Factors yang baru mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

YB Datuk Amar Abang Hj Johari yang merupakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak berharap pengembangan operasi SME Factors ke Sarawak akan memberi kesan yang positif dalam kemajuan ekonomi yang sedang berkembang pesat di sini. Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran SMEsuccess di sini. Beliau juga menerangkan bahawa banyak pengusaha PKS menceburi bidang pembinaan dan pelancongan di Sarawak. Semoga bidang-bidang ini akan bertambah pesat lagi di Sarawak.

SMEsuccess bantu PKS di Sarawak

KUCHING 12 Mei - Pelancaran SMEsuccess oleh SME Factors Sdn. Bhd. di Sarawak dijangka memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terlibat aktif dalam pembangunan negara dan negeri ini khususnya.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kontraktor khususnya yang berdepan masalah aliran kewangan.

"Malaysia berhasrat menjadi negara berpendapatan tinggi, maka adalah mustahak untuk kita melihat pembangunan sektor pembuatan dan pembinaan berkembang dengan menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara puratanya enam peratus setiap tahun.

"Diharap pengembangan operasi SME Factors ke Sarawak akan memberi kesan yang positif dalam kemajuan ekonomi yang sedang berkembang pesat di negeri ini," katanya pada majlis pelancaran SMEsuccess di sini semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan negeri berkata, bidang pembinaan juga merupakan antara dua sektor penting dalam pembangunan negara malah ia banyak disertai oleh PKS di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, masalah aliran tunai sering dihadapi oleh PKS di sini dan diharap pelancaran SME Factors di Sarawak dapat membantu mereka.

"Saya percaya dengan kemampuan SME Factors untuk membiayai kira-kira 600 syarikat PKS menerusi dana lebih RM500 juta terutama kepada syarikat yang mengalami masalah aliran tunai di Sarawak," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites