Nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

Permintaan Tinggi Bagi Rumah Kos Rendah dan Sederhana - Abang Johari


Semakin ramai golongan terpelajar menjawat jawatan semakin banyak juga majlis perkahwinan berlangsung.  Ini menandakan lebih banyak keluarga baru akan mencari tempat tinggal untuk mendirikan hidup baru.  Untunglah di Sarawak, kemudahan telah disediakan bagi golongan baru ini untuk memiliki rumah mereka pada usia yang awal.  

Rumah Kos Sederhana
Sungguhpun bagi yang belum berkahwin peluang sedemikian untuk memiliki rumah juga tidak harus diabaikan.  Kini banyak skim telah dijanakan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi memudahkan golongan muda ini untuk memiliki rumah sendiri.  Sediakanlah payung sebelum hujan!  
Rumah Kos Rendah
Semalam Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar telah memaklumkan bahawa tiada gelembung perumahan di Sarawak.  Ini untuk memastikan penyesuaian di antara permintaan dan bekalan rumah.  Menurut beliau lagi permintaan masih tinggi untuk rumah kos rendah dan juga kos sederhana.  
Memang benar semenjak Datuk Amar menjadi Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar ini, rekabentuk dan konsep rumah kos rendah dan kos sederhana sudah bertambah baik daripada sebelumnya.  Di harap mutu dan kualiti rumah kos rendah dan juga kos sederhana ini tetap dipantau dari masa ke semasa bagi menjamin keselesaan penduduknya kelak.
Namun begitu diharap kawasan untuk membangunkan rumah kos rendah atau sederhana ini tidak diletakkan terlampau jauh dari pusat bandar kerana ini akan menyisihkan golongan yang kurang mampu dengan golongan mewah.  Rata-rata golongan yang membeli rumah kos sederhana dan kos rendah ini juga terdiri daripada kaum bumiputera.  Semoga lokasi untuk tapak kos sederhana dan kos rendah juga turut dikenalpasti sebagai salah satu faktor dalam menentukan tapak bagi mendirikan rumah-rumah ini.  
Rumah dibangunkan dibawah RMK2 - RMK6

Rumah dibangunkan dibawah RMK7-RMK8
Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut mengenai Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana ini sila layari laman web di bawah.


11 Mei, 2011 20:54 PM

Tiada Gelembung Harta Di Sarawak - Abang Johari

KUCHING, 11 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak tidak menjangka "gelembung perumahan" di negeri itu, kata menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata gelembung perumahan mungkin terjadi di negara-negara lain seperti di China dan Jepun tetapi pasaran perumahan tempatan masih ada "permintaan sebenar".

"Di Malaysia, termasuk Sarawak, tidak ada gelembung perumahan dijangka. Kita mempunyai mekanisme untuk menentukan permintaan dan bekalan.

"Menerusi Pihak Berkuasa Perancangan Sarawak, kami akan menyesuaikan permintaan dan bekalan perumahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan suite penyelesaian SME Factors Sdn Bhd di sini Rabu.

Abang Johari berkata permintaan masih tinggi bagi rumah-rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu.

"Pelancaran Skim Rumah Pertama untuk membantu mereka yang berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan memiliki rumah akan lebih meningkatkan permintaan untuk rumah di negeri ini," tambah beliau.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites