Nuffnang

Monday, May 2, 2011

Sekitar Majlis Penghargaan dan Kesyukuran N8 Satok

KUCHING - Seramai 1300 orang Jentera Pilihanraya Penggal ke -10 Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk N8 Satok berhimpun di Dewan Suarah pada malam kelmarin.  Mereka telah bersama-sama untuk meraikan upacara Majlis Penghargaan dan Kesyukuran untuk N8 Satok.   

Acara kemuncak Upacara Memotong Pulut Kuning

Jentera Pilihanraya dan wakil dari setiap ranting telah berkumpul sejak jam 7:00 malam lagi.  Mereka turut disertai oleh VIP dan dif-dif kehormat seperti ADUN N5, N6, N7, dan juga KK dan masyarakat dari sekitar N8 Satok.  

Hadirin yang hadir

Majlis dimulai oleh bacaan doa selamat dan disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kempen Pilihanraya N8 Satok, Tuan Haji Ibrahim bin Baki yang disampaikan oleh Tuan Haji Ir Kr Irwan bin Hasbie, selaku Agen Pilihanraya Penggal ke -10 Pilihanraya Negeri Sarawak dan juga Ketua Pemuda Cawangan N8 Satok.   Majlis kemudian diteruskan oleh ucapan penghargaan dan kesyukuran daripada YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg yang merupakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Menteri Perlancongan dan Warisan Negeri Sarawak serta merangkap penyandang kerusi ADUN N8 Satok.  

Memetik ucapan beliau, di mana beliau akan mengotakan janji-janji yang lalu dan mengajak orang tramaiar bersama-sama menjayakan usaha murni beliau.Sekarang masa untuk bekerja dan lupakan persengketaan.Dengan pertambahan portfolio dalam kabinet negeri beliau berharap rakyat faham akan tugas yang di amanahkan.
Acara persembahan karaoke

Majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan  daripada setiap ranting.  Boleh dikatakan setiap ranting agar teruja untuk memberikan persembahan sempena Majlis Penghargaan dan Kesyukuran ini namun cuma yang terpilih sahaja dapat mendendangkan lagu pada malam itu.  

Majlis diselingkan dengan acara cabutan tiket bertuah, seramai 38 orang yang berjaya dipilih untuk membawa sebuah hamper untuk dikongsi bersama dengan ahli keluarga. 

Abang Johari telah berjaya mempertahankan kerusi N8 Satok dengan 2800 majoriti pada pilihanraya penggal ke-10 Dewan Undangan Negeri Sarawak.  Beliau telah bertanding dengan AMK Sarawak daripada PKR iaitu Ahmad Nazib bin Johari. 

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites