
Jangan sekali-kali kita menyalahkan kekurangan dana daripada kerajaan pusat sekiranya sesebuah projek perumahan itu mengalami masalah baik lambat mengikut jadual atau kekurangan bahan mentah untuk membangunkan perumahan.
Setelah dikaji oleh Kementerian Perumahan didapati kebanyakan masalah berpunca daripada kontraktor. Apa yang menyedihkan pula mereka ini adalah kontraktor bumiputera! Adakah kontraktor bumiputera kurang berpengalaman atau sengaja melewatkan projek demi mengejar kepentingan peribadi termasuk memiliki kehendak?
Diharap kontraktor bumiputera yang lewat ini akan disenarai hitam agar tidak memburukkan kontraktor bumiputera...