Nuffnang

Sunday, December 30, 2012

Medan Niaga Satok - Hab Komersial Baharu Petra Jaya

Medan Niaga Satok akan menjadi hab komersial di Petra Jaya.  Menurut ADUN Satok, ini adalah fasa pertama dan fasa kedua akan memiliki sebuah panggung teater untuk mempamerkan kebudayaan etnik di Sarawak.  Ianya juga akan membantu mempromosikan seniman dan seniwati dari Sarawak. Satu mercu tanda untuk Petra Jayaby Jessica Jawing. Posted on December 30, 2012, SundayMedan Niaga Satok akan jadi hab komersial baharu dengan fasa keduaKUCHING: Medan Niaga Satok di Kubah Ria akan menjadi satu mercu tanda kepada Petra Jaya iaitu sebagai hab pusat komersial baharu dengan terlaksananya pembinaan fasa keduanya nanti.Menteri Pelancongan Datuk...

Tahun Melawat Sarawak 2013

Tahun 2013 akan menyusul bila-bila masa sahaja lagi.  Apakah keistimewaan tahun tersebut?  Pada tahun 2013 kelak akan diadakan pelbagai aktiviti untuk menggalak pelancong ke Sarawak sempena tahun melawat Sarawak pada Julai 2013.  Industri pelancongan Sarawak harus dinamik, penuhi jangkaan pelancong Utusan Borneo 31 Disember 2012, Isnin KUCHING: Industri pelancongan Sarawak harus bersifat dinamik dan sentiasa bergerak ke hadapan selari dengan perubahan sekeliling demi memenuhi jangkaan para pelancong. “Sempena Tahun Melawat Sarawak bermula bulan Julai 2013, Taman Negara Bako dan Semenggok akan dinaik taraf kemudahannya...

Thursday, December 27, 2012

Pengangkutan Udara Tonggak Utama Kuching Sebagai Pusat Membeli-Belah

Dengan adanya Plaza Merdeka maka banyaklah lagi tempat untuk dikunjungi oleh penggemar membeli-belah ke Bandaraya Kuching.  Tidak mustahil suatu hari nanti Kuching akan menjadi tumpuan utama untuk membeli-belah yang setanding dengan Kuala Lumpur mahu pun Singapura.   Beza antara Singapura dan Kuching adalah, lebih banyak barang Made in China di Kuching berbanding di Singapura namun barang ini tidak mempunyai ciri-ciri kualiti yang tinggi berbanding di Singapura.  Oleh itu diharap agar pemborong barangan Made in China akan meningkatkan lagi kualiti barangan yang diimport agar kualiti yang lebih tinggi dapat dinikmati di...

Wednesday, December 26, 2012

Medan Niaga Satok Tarikan Utama di Satok

Peniaga di sekitar tapak lama Pasar Satok dinasihatkan agar tidak khuatir kehilangan punca pendapatan apabila mereka berpindah ke Medan Niaga Satok.  Medan Niaga Satok telah dibina dengan tujuan utama untuk membasmi pencemaran di Sungai Sarawak dan tanpa kerjasama daripada peniaga di tapak lama Benteng Satok maka usaha ini tidak akan sempurna sepenuhnya.   Pihak berkuasa tempatan dan FAMA akan mengadakan promosi di Medan Niaga Satok bagi membantu meningkatkan lagi kunjungan orang ramai ke kawasan tersebut.  Medan Niaga Satok yang dilengkapi dengan segala kemudahan untuk berniaga dalam keadaan sihat dan selamat akan mengakhiri...

Sarawak River Taxi Bakal Menjadi Ikon Pelancongan di Waterfront Kuching

Berkat usaha gigih maka satu lagi produk pelancongan bakal menjadi ikon di Kuching.  Kini Sarawak River Taxi atau Teksi Sungai Sarawak telah beroperasi dengan jayanya sejak ditubuhkan dua tahun yang lalu.   Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan dan keindahan tebing Sungai Sarawak dengan selesa bolehlah membawa keluarga anda berkunjung ke Waterfront untuk menaiki SRT ini.  Mereka beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.   Mungkin suatu hari nanti mereka akan beroperasi lebih lama lagi sehingga pukul 9 malam bagi membolehkan penumpang menikmati pancaran cahaya dari perkampungan dan juga keindahan suasana di...

Wednesday, December 5, 2012

Ekspo Muzik Borneo Sedunia 2013 Bakal Menggegar Sarawak

Satu lagi usaha untuk menggalak kegiatan pelancongan telah dilancarkan iaitu Ekspo Muzik Borneo Sedunia 2013.  Acara yang julung kali diadakan ini akan berlangsung pada 24-26 Jun 2013 sempena festival Rainforest kelak. 20 pakar muzik antarabangsa bakal mencuit minda dan persona pemuzik tempatan dan antarabangsa untuk mewujudkan platform mereka.  Di samping berhibur mereka juga akan dihidangkan dengan pelbagai keunikan dan kebudayaan yang terukir di bumi kenyalang ini.   Syabas kepada Abang Jo dan kumpulan pemikirnya yang mampu menjulang nama Sarawak di bibir dunia.  Ekspo Muzik Borneo Sedunia 2013 rangsang...

Pages 381234 »

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites