Nuffnang

Monday, April 1, 2013

AIFFA Platform Untuk Memartabatkan Industri Perfileman Rantau ASEAN!

Tahniah sekali lagi kepada kerajaan Sarawak yang menjadi tuan rumah yang sulung bagi ASEAN International Film Festival & Awards 2013.   Ia merupakan kerjasama antara Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Inilah pencapaian kerajaan BN dalam memartabatkan industri filem negara.  Puak Anwarinas ada tak buat filem bermutu?  Kalau tanya Anwar Ibrahim mesti jawapan dia kenapa filem porno bersama China Doll tidak disenaraikan?
Penggiat filem dialukan ke Sarawak
by Rusnan Mustafa.

TAHNIAH: Taib menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Michelle Yeoh sambil disaksikan Abang Johari (kanan).— Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING (1 April 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedia menyokong usaha mempromosikan keunikan yang ada di negeri ini menerusi industri perfileman.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, untuk itu kedatangan penggiat industri perfileman tempatan mahupun antarabangsa melakukan penggambaraan filem mereka di negeri ini amatlah dialu-alukan.

“Penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013) disifatkan sebagai satu platform penting yang membantu membina jalinan persefahaman dan mengetengahkan kebudayaan yang dimiliki negeri ini kepada penggiat industri perfileman.

“Justeru, saya berharap melalui AIFFA 2013 ini penggiat industri perfileman dapat melihat sendiri apa yang ditawarkan oleh negeri ini seterusnya mampu memenuhi permintaan yang diharapkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena Malam Gala AIFFA 2013 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam kelmarin.

Taib yang juga Menteri Perancang Sumber dan Alam Sekitar berkata, Sarawak kini mula berjinak dalam industri perfileman.

“Saya harap penggiat industri datang ke Sarawak untuk melihat sendiri keunikan alam semula jadi yang pastinya memberi lokasi terbaik dan idea untuk menerbitkan filem,” jelasnya.

Justeru, beliau menyarankan agar artis antarabangsa, pengarah dan penerbit filem dapat mengambil peluang kelebihan dan tawaran-tawaran menarik yang disediakan dalam negeri ini.

Terdahulu, beliau menerima buku Biografi Seniwati Saloma daripada AIFFA 2013.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang medianya berkata, delegasi dari Hollywood dan Bollywood dilihat berminat untuk menjalin kerjasama dalam pembikinan filem di negeri ini menerusi lokasi-lokasi menarik yang ditawarkan di Malaysia khasnya di Sarawak.

“Saya boleh katakan maklum balas amat menggalakkan dan mencapai objektif yang kita nak sampaikan dan banyak penyertaan daripada penggiat perfileman dari ASEAN.

“Malah, saya difahamkan sepanjang tiga hari delegasi di negeri ini mereka ingin mengetahui lebih banyak lagi lokasi menarik yang ada di Sarawak,” jelasnya.

Selain itu, Abang Johari berkata, bintang filem antarabangsa Datuk Seri Michelle Yeoh juga berminat dengan keunikan yang ditawarkan Sarawak.

“Beliau juga berminat tentang alam semula jadi yang ada di negeri ini dan kita akan mengadakan perbincangan lanjut dengan beliau menerusi kementerian di bawah saya dan pihak FINAS,” katanya.

AIFFA 2013 menyaksikan sebanyak 17 pencalonan dipertandingkan, antaranya, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik Fotografi, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Filem Asing Terbaik, Filem Terbaik Komedi, Filem Terbaik Drama, Filem Terbaik Aksi dan Pengarah Terbaik.

Pada kemuncak majlis, Taib turut menyampaikan Anugerah Semangat ASEAN 2013.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing dan beberapa menteri kabinet.

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites