Nuffnang

Friday, April 5, 2013

Fadillah Yakin Pengundi Muda Cenderung Kepada BN!

Penyandang kerusi P.194 Petra Jaya yakin pengundi muda tetap cenderung kepada BN.  Dengan adanya BL1M yang turut meringankan beban mereka beserta BR1M dan Rebat telefon telah memberi keyakinan bahawa orang muda akan bersama BN!  

Bantuan ini akan diteruskan lagi sekiranya BN masih mendapat mandat menjelang PRU13 ini kelak!
Pengundi muda cenderung kepada BN

by Sandy Mark Luna. 5 April 2013, Jumaat

Berdasarkan gerak kerja secara agresif dalam dekati, bela nasib golongan berkenaan

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak positif dengan kecenderungan pengundi muda untuk memihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan gerak kerja secara agresif dilaksanakan selama ini dalam mendekati dan membela nasib golongan berkenaan.

Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Fadillah Yusof, antara pelbagai pendekatan yang diambil dalam mendekati dan menambat hati golongan tersebut adalah seperti program-program berasaskan penyediaan kemahiran dan kewangan.

“Kami dalam BN sentiasa berusaha menyediakan yang terbaik untuk mereka.

“Justeru, kami harap sokongan itu dapat diterjemahkan dalam bentuk undi (pada PRU13),” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Hasil Kutipan Tabung Amanah Wira Lahad Datu sebanyak RM70,100 kepada Media Prima, di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda PBB memberitahu, turut diperkenalkan baru-baru ini adalah produk yang dijangka mampu memenuhi keperluan golongan belia seperti Bantuan Lesen 1Malaysia, selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas buat individu belum berkahwin serta Karnival Kerja BN.

Selain itu, antara contoh program lain yang giat dijalankan di seluruh ne-geri katanya, adalah seperti Tabung Gagasan Ekonomi Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS) yang membantu dari segi menyediakan kemahiran teknikal, sesuai dengan keperluan tenaga kerja masa depan Sarawak dan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk meningkatkan tahap atau keupayaan graduan mendapat pekerjaan.

Program-program sedemikian katanya, juga dijangka banyak membantu di kawasan-kawasan Parlimen yang disifatkan sebagai kerusi panas.

Rancangan kerajaan untuk membangunkan negara antara lain seperti Projek Permulaan Ekonomi (EPP) turut dibentangkan kepada rakyat dan ini jelas mencerminkan ketelusan pemimpin BN, katanya.

“Tidak ada kerajaan di negara lain yang membentangkan strategi membangunkan negara dengan rakyat, malah rakyat juga bebas memberi maklum balas,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya ketika ditanya mengenai keyakinannya untuk mempertahankan kerusi tersebut, melahirkan keyakinan bahawa BN mampu menang di situ tanpa mengira siapa pun calon.

“Senarai calon belum diumumkan lagi. Tetapi siapa pun calon diletakkan di situ (Petra Jaya), kerusi itu tetap milik BN kerana ia merupakan kubu kuat kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadillah turut menyeru semua ahli BN untuk terus bersatu padu dan berpegang teguh kepada prinsip kesatuan di bawah BN dalam PRU13.

Nasihat itu ditujukan ke-pada mana-mana ahli parti yang dikhabarkan akan dicalonkan namun tidak ter-senarai dalam senarai akan bertanding kelak.

“Diharapkan mereka akan terus memberi khidmat terbaik, sama ada terpilih (untuk bertanding) atau tidak.

“Ini kerana, detik kekalahan akan bermula saat kita mula bertelagah,” katanya

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites