Nuffnang

Monday, April 15, 2013

Pakatan Rakyat Masih Mimpi Lain-lain Walau Tidur Sebantal? #PRU13


Abang Jo menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai kelam-kabut kerana masih terdapat isu pertikaian kerusi walaupun pembubaran sudah diumumkan pada minggu lepas. Ini menunjukkan bagaimana mereka tidak mengamalkan muafakat dalam apa jua urusan parti....

Membentuk sebuah kerajaan pusat memang jauh sekali kerana PR sudah membuktikan bahawa mereka masih gagal diperungkat negeri...

Hari ini Abang Johari akan menyambut YAB Ketua Menteri Sarawak di Miri bagi Perasmian PPT. Kalau nak harapkan DAP Miri buat rumah mesra rakyat, seribu tahun pun tak akan menjadi kerana mereka tetap berebut siapa hendak jadi kontraktor....

Pembangkang tidak sehaluan

by Eswandy Hinri. Utusan Borneo 16 April 2013, Selasa

Perebutan kerusi ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain
LUNDU: Perebutan kerusi oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) boleh diibaratkan seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyifatkan perbalahan yang berlaku dalam PR sekarang menunjukkan bahawa pengurusan parti tersebut adalah tidak teratur dan kelam-kabut.

“Parti-parti komponen PR masing-masing berebut untuk bertanding seberapa banyak kerusi untuk menjadi parti yang mendominasikan pilihan raya nanti,” ujar Abang Johari pada sidang media di Pejabat Daerah Lundu semalam.

Pada Ahad lepas PAS telah mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding untuk kerusi Parlimen termasuk di Kota Samarahan, Julau dan Mukah yang dikatakan bertindih dengan kawasan yang akan ditandingi oleh PKR dan DAP.

Namun begitu PR dikatakan akan hanya mengumumkan senarai calon yang akan bertanding setelah rundingan mengenai kawasan yang bertindih selesai.

Menurut Abang Johari, mereka berkelakuan sedemikian kerana masing-masing mahu wakil mereka dijadikan sebagai Perdana Menteri seandainya mereka menang pada PRU13 nanti.

“Walaupun mereka menamakan diri sebagai Pakatan Rakyat namun mereka gagal untuk mencapai objektif sebagai sebuah parti yang berpakat,” katanya.
Di samping itu, beliau turut menasihati para pengundi agar tidak mudah terpedaya dengan agenda PR.

“Macam mana para pengundi hendak memberi mandat kepada PR sedangkan amat jelas mereka sendiri keliru mengenai peletakan calon di kawasan yang akan ditandingi.”

“Apa yang penting bagi Barisan Nasional (BN) ialah menepati janjinya dengan meneruskan agenda pembangunannya di Sarawak,” tambahnya.
Sebagai Menteri Perumahan beliau juga memuji isi kandungan manifesto BN yang antaranya akan menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMM) dalam masa lima tahun akan datang.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites