Nuffnang

Wednesday, April 17, 2013

PKR Pun Tidak Mampu Selesai Masalah Setinggan di Bandar Kuching #TolakPR


Ini merupakan antara sebab PR patut ditolak dan jangan lagi diberi mandat untuk memerintah. Masalah setinggan pun tidak mampu diselesaikan kerana mereka terlalu fokus untuk mengadakan sambutan persaraan Ketua Menteri Sarawak? Adakah Chong begitu gentar terhadap Ketua Menteri Sarawak sehingga menggesa beliau bersara dengan segera?

Penyelesaian bagi Chong adalah mengambil jalan mudah kerana Chong tidak mampu memikirkan masalah lain penduduk di Kuching? Bagaimana hendak membentuk kerajaan sedangkan masalah remeh pun tidak dapat diselesaikan?

Nasib keluarga setinggan terbela

by Henrietta Liza. Utusan Borneo 17 April 2013, Rabu


KERAJAAN PRIHATIN: Tan Kai (kanan) menyerahkan ‘letter of award’ kepada Wong (kiri) sambil menerangkan kepada beliau isi kandungan surat terbabit di kediamannya di Kpg Kudei. — Gambar Chimon Upon

HDC lulus permohonan perumahan kos rendah untuk 18 keluarga di kawasan setinggan Kampung Kudei

KUCHING:Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah meluluskan permohonan bagi perumahan kos rendah untuk 18 keluarga di kawasan setinggan Kampung Kudei baru-baru ini.

Menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai, kesemua keluarga pemohon akan ditempatkan di bawah Projek Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Siburan Fasa 3.

Sementara itu, Wong Chiuk Jin, 55, yang mewakili suaminya Sze Chin Khiam, seorang penjaga stor di Lea Centre, Pending ketika dilawati rombongan SUPP menyatakan rasa terharu beliau dan berterima kasih kepada kerajaan.

Beliau mempunyai tiga orang anak dan masih menjaga anak bongsunya seorang OKU berumur 22 tahun yang tidak dapat berdikari di rumah terbabit.
Wong dan keluarganya telah mendiami kawasan setinggan di Kampung Kudei sejak 32 tahun lalu.

“Saya mendiami rumah ini selama 32 tahun dan kami sekeluarga baru-baru ini dihalau disebabkan syarikat pemaju mahu memajukan projek perumahan di sini.

“Suami saya pernah ke pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas untuk meminta bantuan tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan,” katanya ketika dilawati bagi majlis penyerahan ‘letter of award’ rumah kos rendah di sini semalam.

Menurut Tan Kai, rumah teres dua tingkat itu mempunyai keluasan 89.90 meter persegi dengan harga kos tanpa pemasangan air dan elektrik sebanyak RM46,500.

“Setiausaha Agung Pemuda SUPP Wilfred Yap sendiri akan menjadi peguam di mahkamah bagi hari penentuan masuk rumah hari ini (16 April),” kata Tan Kai.
Pada masa yang sama, Wilfred turut menambah bahawa beliau akan memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu keluarga Sze.


- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites