Nuffnang

Thursday, April 4, 2013

Taib Jamin Jentera BN Sarawak Siap Siaga!


Berikut adalah kerusi mengikut parti komponen BN yang akan bertanding pada PRU13.

PBB

Santubong
Petra Jaya
Kota Samarahan
Mambong
Batang Sadong
Batang Lupar
Betong
Tanjong Manis
Igan
Mukah
Kapit
Sibuti
Limbang
Lawas

SUPP

Bandar Kuching
Stampin
Serian
Sarikei
Lanang
Sibu
Miri

PRS

Sri Aman
Lubok Antu
Julau
Kanowit
Selangau
Hulu Rajang

SPDP

Mas Gading
Saratok
Bintulu
Baram


Tiba masa untuk berjuang



by Sandy Mark Luna, dan Jessica Jawing. 4 April 4, 2013, Khamis

Taib yakin jentera parti komponen beri komitmen penuh demi kemenangan BN

KUCHING: Barisan Negeri (BN) negeri sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan pengumuman pembubaran Parlimen sebagai amat dinanti-nantikan, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, jentera pilihan raya semua parti komponen BN Sarawak yang digunakan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri 2011 masih kukuh dan tetap dalam keadaan bersiap sedia.

“Kita baharu sahaja selesai mengadakan Pilihan Raya Negeri dan kita masih dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya.

“Jadi, saya rasa (tiba masa) untuk mengatakan, turn on the switch (hidupkan suis) kerana kita akan berjuang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung pembubaran Dewan Rakyat Ke-12 bagi memberi laluan kepada PRU13.

Taib yang juga Pengerusi BN Negeri turut memberitahu, jentera-jentera parti memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan kemenangan BN.

“Kita akan memberi sepenuh tenaga untuk menjamin BN akan terus memerintah serta demi kemakmuran negeri dan juga negara,” katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri sudah bersedia sepenuhnya dengan kekuatan lebih kurang 23,000 petugas terlibat bagi menghadapi PRU13.

Pengarah SPR negeri Datu Takun Sunggah ketika dihubungi semalam berkata, persediaan turut merangkumi logistik kenderaan yang akan digunakan semasa proses pilihan raya dijalankan.

“Mengenai persediaan, kita di SPR negeri memang sudah bersedia dengan bajet diperuntukkan dalam RM78 juta serta lebih kurang 23,000 petugas akan terlibat.

“Logistik pula, kita menggunakan lebih 4,814 kenderaan, 33 buah helikopter, dan lebih kurang 797 perahu dan 59 bot laju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai persediaan SPR negeri sejurus pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, semalam.

Takun menambah, bagi Sarawak, SPR kini menunggu surat daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung proses dan tarikh pilihan raya.
“Kini SPR menunggu surat daripada Speaker Dewan Rakyat. SPR akan berme- syuarat selepas menerima surat daripada speaker untuk menetapkan (tarikh) pilihan raya,” katanya.

Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen dan BN negeri terdiri daripada empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
PBB diperuntukkan 14 kerusi Parlimen, SUPP (tujuh), PRS (enam) dan SPDP (empat).

Kerusi-kerusi milik PBB ialah seperti Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjong Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.
Manakala kerusi SUPP ialah Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

Enam kerusi milik PRS pula terletak di Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau, Hulu Rajang manakala SPDP di kerusi Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram.

Pada PRU12, BN negeri cemerlang apabila memenangi 30 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan kecuali Bandar Kuching yang ditakluki Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi Setiausahanya, Chong Chieng Jen.
Manakala, kerusi Sibu juga jatuh ke tangan DAP apabila Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng menang pada Pilihan Raya Kecil 2010 selepas kematian penyandangnya dari SUPP, Datuk Lau Hoi Chew.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites