Nuffnang

Thursday, April 4, 2013

Bandar di Sarawak Akan Berubah?





Abang Jo bayangkan perubahan landskap bandar-bandar utama Sarawak dalam tempoh 10 tahun lagi.

Ini ekoran perancangan pembangunan serta promosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan. Beliau berkata demikian sempena Ulangtahun RTM Sarawak Ke-67!

Selamat Ulangtahun buat RTM, teman setia anda.



Perubahan bandar utama ekoran perancangan pembangunan, promosi sebagai destinasi pelancongan

Utusan Borneo 4 Apr 2013

KUCHING: Sarawak bakal berubah landskap dalam masa 10 tahun akan datang khasnya di bandar-bandar utama di negeri ini termasuk bandar raya Kuching.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia ekoran daripada perancangan pembangunan oleh kerajaan termasuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

“Kerajaan berusaha memperluaskan pembangunan di negeri ini supaya rakyat dapat memahami apa yang sedang dijalankan kerajaan khasnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

“Saya yakin dengan itu, dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menyaksikan perubahan landskap yang terdapat di seluruh negeri khasnya bandar-bandar utama termasuk Kuching,” katanya berucap pada Majlis Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-67 ‘RTM Sarawak Menyusuri Sungai Sarawak’ di sini, malam kelmarin.

Menurut Abang Johari, sebagai permulaan, kementerian berusaha mempromosikan Kuching terlebih dahulu sebelum bandar utama lain dengan membangunkan kawasan Tebingan Kuching.

Katanya antara usaha yang dijalankan termasuk membina jambatan dari Kampung Boyan hingga ke Kubu Margherita, yang dijadikan sebagai galeri mempamerkan barangan bersejarah keluarga Brooke.

“Bahagian atas kubu akan kita bangunkan menjadi restoran yang berkonsepkan Inggeris dan ini adalah salah satu pembaharuan yang kita bawa,” katanya.

Beliau memberitahu, dengan itu media elektronik seperti RTM memainkan peranan penting untuk menerbitkan banyak siaran berbentuk dokumentari yang dapat menarik para pelancong ke Sarawak.

Sementara itu ketika ditemui selepas majlis, beliau berkata RTM mempunyai masa depan yang cerah selain masih relevan kepada masyarakat masa kini.

“RTM telah banyak berubah mengikut perubahan yang sedang berlaku di mana selama 67 tahun kalau kita lihat dari sejarahnya, RTM masih relevan.

“Malah pihak RTM telah dapat menyesuaikan diri dengan kehendak pendengar serta kehendak masyarakat masa kini umpamanya melalui projek membawa RTM ke arah era digital,” katanya.


- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Nuff Box

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites